Samsung MS28J5255UB ユーザーマニュアル

タイプ
ユーザーマニュアル
DE68-04333T-01
SOALAN ATAU KOMEN
NEGARA HUBUNGI ATAU LAWATI KAMI DI
AUSTRALIA 1300 362 603 www.samsung.com/at/support
NEW ZEALAND 0800 726 786 www.samsung.com/nz/support
CHINA 400-810-5858 www.samsung.com/cn/support
HONG KONG (852) 3698 4698
www.samsung.com/hk/support (Chinese)
www.samsung.com/hk_en/support (English)
INDIA
1800 3000 8282 - Toll Free
1800 266 8282 - Toll Free
www.samsung.com/in/support
BANGLADESH 09612300300 www.samsung.com/in/support
INDONESIA
021-56997777
08001128888
www.samsung.com/id/support
JAPAN 0120-363-905 www.samsung.com/jp/support
MALAYSIA
1800-88-9999
603-77137477 (Overseas contact)
www.samsung.com/my/support
PHILIPPINES
1-800-10-7267864 [PLDT]
1-800-8-7267864 [Globe landline and Mobile]
02-4222111 [Other landline]
www.samsung.com/ph/support
SINGAPORE 1800-SAMSUNG(726-7864) www.samsung.com/sg/support
THAILAND
0-2689-3232,
1800-29-3232
www.samsung.com/th/support
TAIWAN 0800-329999 www.samsung.com/tw/support
VIETNAM 1800 588 889 www.samsung.com/vn/support
MACAU 0800 333
www.samsung.com/supportMYANMAR +95-01-2399-888
SRI LANKA 94117540540
Harap maklum bahawa jaminan Samsung TIDAK merangkumi khidmat panggilan untuk
menerangkan operasi produk, membetulkan pemasangan yang tidak betul, atau melakukan
pembersihan atau penyenggaraan biasa.
MS28J5255UB_SP_DE68-04333T-01_MS.indd 52 2015-06-05  2:47:04
Ketuhar Gelombang Mikro
Manual pengguna
MS28J5255**
MS28J5255UB_SP_DE68-04333T-01_MS.indd 1 2015-06-05  2:47:06
2
Bahasa Melayu
Kandungan
Menggunakan panduan pengguna ini 4
Simbol-simbol berikut digunakan di dalam Manual Pengguna ini: 4
Arahan keselamatan 5
Arahan keselamatan penting 5
Pemasangan 15
Aksesori 15
Kawasan pemasangan 17
Piring putar 17
Penyelenggaraan 18
Pembersihan 18
Penggantian (pembaikan) 19
Penjagaan terhadap tempoh panjang tidak digunakan 19
Panduan carian cepat 20
Ciri-ciri ketuhar 21
Ketuhar 21
Panel kawalan 22
Penggunaan ketuhar 23
Bagaimana ketuhar gelombang mikro berfungsi 23
Memeriksa bagi memastikan ketuhar anda beroperasi dengan betul 24
Memasak/Memanas Semula 25
Menetapkan masa 26
Aras kuasa dan variasi masa 27
Melaraskan masa memasak 27
Memberhentikan proses memasak 28
Menetapkan mod penjimatan tenaga 28
Menggunakan ciri-ciri memasak yang menyihatkan 29
Menggunakan ciri pinggan saya 32
Menggunakan ciri mencair beku kuasa 33
Menggunakan ciri-ciri stim yang menyihatkan 35
Panduan memasak pengukus kaca 38
Menggunakan ciri-ciri pemanasan pinggan 39
Menggunakan ciri-ciri penyahbauan 41
Menggunakan ciri kunci kanak-kanak 42
Kandungan
MS28J5255UB_SP_DE68-04333T-01_MS.indd 2 2015-06-05  2:47:06
Bahasa Melayu
3
Kandungan
Menggunakan ciri hidup/mati pinggan putar 42
Mematikan pembunyi bip 43
Panduan perkakas memasak 44
Penyelesaian masalah 46
Penyelesaian masalah 46
Kod maklumat 50
Spesikasi teknikal 51
MS28J5255UB_SP_DE68-04333T-01_MS.indd 3 2015-06-05  2:47:06
4
Bahasa Melayu
Menggunakan panduan pengguna ini
Anda baru sahaja membeli ketuhar gelombang mikro SAMSUNG. Panduan Pemilik anda
mengandungi maklumat yang berguna mengenai cara memasak menggunakan ketuhar
gelombang mikro anda:
Langkah-langkah keselamatan
Aksesori dan perkakas memasak yang sesuai
Petua memasak yang berguna
Petua memasak
Simbol-simbol berikut digunakan di dalam Manual Pengguna ini:
AMARAN
Bahaya atau amalan-amalan yang tidak selamat yang boleh menyebabkan kecederaan diri
yang teruk atau kematian.
AWAS
Bahaya atau amalan-amalan yang tidak selamat yang boleh menyebabkan kecederaan diri
yang tidak serius atau kerosakan harta benda.
NOTA
Petua-petua, saranan, atau maklumat berguna yang membantu pengguna memanipulasikan
produk.
Menggunakan panduan pengguna ini
MS28J5255UB_SP_DE68-04333T-01_MS.indd 4 2015-06-05  2:47:06
Bahasa Melayu
5
Maklumat keselamatan
Arahan keselamatan
ARAHAN KESELAMATAN PENTING
BACA DENGAN TELITI DAN SIMPAN UNTUK RUJUKAN PADA MASA HADAPAN.
PASTIKAN LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN INI DIPATUHI SEPANJANG
MASA.
SEBELUM MENGGUNAKAN KETUHAR, PASTIKAN ARAHAN BERIKUT DIIKUTI.
Fungsi gelombang mikro sahaja
AMARAN: Jika pintu atau kedap pintu rosak, ketuhar tidak boleh dikendalikan
sehingga ia telah dibaiki oleh orang yang cekap.
AMARAN: Adalah merbahaya bagi seseorang yang tidak cekap menjalankan
sebarang servis atau operasi pembaikan yang melibatkan kerja menanggalkan
penutup yang memberi perlindungan daripada pendedahan kepada tenaga
gelombang mikro.
AMARAN: Cecair dan makanan lain tidak boleh dipanaskan di dalam bekas yang
di kedap kerana ia boleh meletup.
Alat ini bertujuan untuk digunakan dalam rumah sahaja dan ia tidak bertujuan
untuk digunakan seperti:
kawasan kakitangan dapur di dalam kedai, pejabat dan persekitaran bekerja
yang lain;
rumah ladang;
oleh klien di hotel, motel dan persekitaran penginapan yang lain;
persekitaran jenis inap-sarapan;
AMARAN: Hanya benarkan kanak-kanak menggunakan ketuhar tanpa
penyeliaan apabila arahan yang mencukupi telah diberikan supaya kanak-
kanak tersebut boleh menggunakan ketuhar dengan cara yang selamat dan
memahami bahaya penggunaan yang tidak betul.
MS28J5255UB_SP_DE68-04333T-01_MS.indd 5 2015-06-05  2:47:07
6
Bahasa Melayu
Maklumat keselamatan
Maklumat keselamatan
AMARAN: Alat ini boleh digunakan oleh kanak-kanak berusia 8 tahun ke atas
dan orang-orang yang kekurangan keupayaan zikal, deria atau mental atau
kurang pengalaman dan pengetahuan jika mereka telah diselia atau diberi
arahan mengenai penggunaan alat dengan cara yang selamat dan memahami
bahaya yang terlibat. Kanak-kanak tidak seharusnya bermain dengan alat ini.
Kanak-kanak tidak sepatutnya melakukan pembersihan dan penyenggaraan
pengguna melainkan mereka berusia daripada 8 tahun ke atas dan diawasi.
Hanya gunakan perkakas dapur yang sesuai untuk digunakan dalam ketuhar
gelombang mikro.
Apabila memanaskan makanan dalam bekas plastik atau kertas, perhatikan
ketuhar untuk mengesan kemungkinan pencetusan bunga api.
Ketuhar gelombang mikro dimaksudkan untuk pemanasan makanan dan
minuman. Pengeringan makanan atau pakaian dan pemanasan pad penghangat,
selipar, span, kain lembap dan yang seakan-akan sama boleh menyebabkan
risiko kecederaan, penyalaan atau kebakaran.
Jika asap dikeluarkan (diperhatikan), matikan atau cabut palam alat dan
pastikan pintu ketuhar ditutup untuk mematikan api.
AMARAN: Memanaskan minuman menggunakan gelombang mikro boleh
mengakibatkan pendidihan meluap tertunda, oleh itu pastikan anda berhati-
hati apabila memegang bekas.
AMARAN: Kandungan botol makanan bayi dan balang makanan bayi harus
dikacau atau di goncang dan suhunya diperiksa sebelum makanan dimakan,
bagi mengelakkan luka terbakar.
Telur dalam kulitnya dan telur rebus tidak harus dipanaskan di dalam ketuhar
gelombang mikro oleh kerana ia boleh meletup, walaupun setelah pemanasan
gelombang mikro telah selesai.
Ketuhar harus dibersihkan dengan tetap dan sebarang cebisan makanan
ditanggalkan.
MS28J5255UB_SP_DE68-04333T-01_MS.indd 6 2015-06-05  2:47:07
Bahasa Melayu
7
Maklumat keselamatan
Kegagalan mengekalkan ketuhar dalam keadaan yang bersih boleh
mengakibatkan kerosakan pada permukaannya yang boleh memendekkan
hayat peralatan ini dan mungkin mengakibatkan situasi yang berbahaya.
Alat ini tidak dimaksudkan untuk dipasang di dalam kenderaan jalan raya,
karavan, dan kenderaan-kenderaan yang serupa dll.
Alat ini bukan untuk digunakan oleh orang-orang (termasuk kanak-kanak)
yang mempunyai keupayaan zikal, sensori atau mental yang kurang, atau
tidak berpengalaman dan berpengetahuan, kecuali mereka telah diberikan
penyeliaan atau arahan tentang penggunaan alat ini oleh orang yang
bertanggungjawab bagi keselamatan mereka.
Kanak-kanak harus diselia bagi memastikan mereka tidak bermain dengan alat
ini.
Jika kord bekalan rosak, ia mesti diganti oleh pengilang, ejen perkhidmatannya
atau orang-orang yang sama berkelayakan bagi mengelakkan bahaya.
Alat ini tidak sepatutnya dibersihkan dengan pancutan air.
Ketuhar ini mesti diletakkan mengadap arah dan ketinggian yang betul yang
membenarkan capaian mudah pada rongga dan kawasan kawalan.
Sebelum menggunakan ketuhar anda buat kali pertama, ketuhar harus
dikendalikan bersama air selama 10 minit dan kemudian baru digunakan.
Jika ketuhar ini mengeluarkan bunyi bising, bau terbakar atau mengeluarkan
asap, cabut palam kuasa dengan segera dan hubungi pusat perkhidmatan yang
terdekat dengan anda.
Ketuhar gelombang mikro harus diletakkan di tempat yang sesuai supaya
palamnya mudah dicapai.
Ketuhar gelombang mikro ini dimaksudkan untuk digunakan di atas kaunter
(bebas) sahaja, ketuhar gelombang mikro ini tidak harus diletakkan di atas
kabinet.
MS28J5255UB_SP_DE68-04333T-01_MS.indd 7 2015-06-05  2:47:07
8
Bahasa Melayu
Maklumat keselamatan
Maklumat keselamatan
Fungsi ketuhar sahaja - Pilihan
AMARAN: Apabila alat dikendalikan dalam mod kombinasi, kanak-kanak hanya
boleh menggunakan ketuhar di bawah penyeliaan orang dewasa kerana suhu
yang dijana.
Semasa digunakan, alat ini menjadi panas. Berhati-hati agar tidak menyentuh
elemen-elemen pemanas di dalam ketuhar.
AMARAN: Bahagian-bahagian yang boleh dicapai akan menjadi panas semasa
digunakan. Kanak-kanak kecil tidak harus mendekati ketuhar.
Pembersih wap tidak boleh digunakan.
AMARAN: Pastikan alat ini dimatikan sebelum menggantikan lampu bagi
mengelakkan kemungkinan kejutan elektrik.
Jangan gunakan pembersih kasar yang kuat atau pengerik logam yang
tajam untuk membersihkan kaca pintu ketuhar kerana ia boleh mencalarkan
permukaannya, yang boleh mengakibatkan kaca itu pecah.
AMARAN: Alat dan bahagian alat yang boleh dicapai menjadi panas semasa
penggunaan.
Berhati-hati agar tidak menyentuh elemen-elemen pemanas.
Kanak-kanak berusia kurang daripada 8 tahun seharusnya dijauhkan melainkan
sentiasa diselia.
Alat ini boleh digunakan oleh kanak-kanak berusia 8 tahun ke atas dan
orang-orang yang kekurangan keupayaan zikal, deria atau mental atau
kurang pengalaman dan pengetahuan jika mereka telah diselia atau diberi
arahan mengenai penggunaan alat dengan cara yang selamat dan memahami
bahaya yang terlibat. Kanak-kanak tidak seharusnya bermain dengan alat ini.
Pembersihan dan penyelenggaraan pengguna tidak seharusnya dilakukan oleh
kanak-kanak tanpa seliaan.
Suhu permukaan boleh dicapai mungkin tinggi semasa alat sedang beroperasi.
MS28J5255UB_SP_DE68-04333T-01_MS.indd 8 2015-06-05  2:47:07
Bahasa Melayu
9
Maklumat keselamatan
Pintu atau permukaan luar mungkin menjadi panas semasa alat sedang
beroperasi.
Jauhkan alat dan kordnya daripada capaian kanak-kanak berusia kurang
daripada 8 tahun.
Alat-alat tidak dimaksudkan untuk dikendalikan dengan menggunakan pemasa
luaran atau sistem kawalan jauh berasingan.
Keselamatan umum
AMARAN
Hanya kakitangan berkelayakan patut dibenarkan untuk mengubahsuai atau memperbaiki
alat.
Jangan panaskan cecair atau makanan lain dalam bekas yang dikedap menggunakan
fungsi gelombang mikro.
Untuk keselamatan anda, jangan gunakan pembersih air tekanan tinggi atau pembersih jet
wap.
Jangan pasang alat ini; berdekatan pemanas, bahan mudah terbakar, di lokasi yang
lembap, berminyak dan berhabuk, di lokasi yang terdedah kepada sinaran cahaya matahari
dan air atau di mana kebocoran gas boleh berlaku; atau tapak yang tidak rata.
Alat ini mesti dibumikan dengan betul menurut kod-kod tempatan dan antarabangsa.
Hilangkan semua bahan-bahan asing seperti habuk atau air dari terminal-terminal palam
kuasa dan titik sentuhan menggunakan kain kering dengan kerap.
Jangan tarik atau terlalu bengkokkan atau letakkan objek berat atas kord kuasa.
Sekiranya berlaku kebocoran gas (seperti gas propana, gas LP, dll), alih udara dengan
segera tanpa menyentuh palam kuasa.
Jangan sentuh palam kuasa dengan tangan yang basah.
Jangan matikan alat ini dengan mencabut palam kuasa semasa ia sedang beroperasi.
Jangan masukkan jari atau benda asing. Jika sebarang benda asing seperti air memasuki
alat ini, cabut palam kuasa dan hubungi pusat perkhidmatan yang terdekat dengan anda.
Jangan kenakan tekanan atau hentaman berlebihan pada alat.
MS28J5255UB_SP_DE68-04333T-01_MS.indd 9 2015-06-05  2:47:07
10
Bahasa Melayu
Maklumat keselamatan
Maklumat keselamatan
Jangan letakkan ketuhar ini di atas benda yang mudah pecah seperti singki atau benda
kaca.
Jangan gunakan benzena, pencair, alkohol, pembersih wap atau pembersih tekanan tinggi
untuk membersihkan alat ini.
Pastikan bahawa voltan kuasa, frekuensi dan arus adalah sama seperti spesikasi produk.
Pasang palam kuasa pada soket dinding dengan kukuh. Jangan gunakan penyesuai
berbilang palam, kord pemanjang atau pengubah elektrik.
Jangan sangkutkan kord kuasa pada objek logam, masukkan kord kuasa di antara objek
atau di belakang ketuhar.
Jangan gunakan palam kuasa yang rosak, kord kuasa yang rosak atau soket dinding yang
longgar. Apabila palam kuasa atau kord kuasa rosak, hubungi pusat perkhidmatan yang
terdekat dengan anda.
Jangan tuang atau sembur air pada ketuhar.
Jangan letakkan objek atas ketuhar, di dalam atau di pintu ketuhar.
Jangan semburkan bahan meruap seperti ubat serangga pada permukaan ketuhar.
Jangan simpan bahan-bahan mudah terbakar di dalam ketuhar. Berhati-hati semasa
memanaskan masakan atau minuman yang mengandungi alkohol kerana wap alkohol
boleh terkena bahagian ketuhar yang panas.
Jauhkan kanak-kanak daripada pintu apabila membuka atau menutupnya kerana mereka
mungkin terlanggar pintu atau tersepit jari pada pintu.
AMARAN: Pemanasan minuman menggunakan gelombang mikro boleh menyebabkan
pendidihan letusan lewat; oleh itu anda harus berhati-hati apabila mengendalikan bekas;
Untuk mencegah situasi ini SENTIASA beri masa biar sekurang-kurangnya 20 saat selepas
ketuhar dimatikan supaya suhu boleh menjadi sama rata. Kacau semasa memanaskan, jika
perlu, dan SENTIASA kacau selepas memanaskan.
Sekiranya kulit anda melecur, ikut arahan PERTOLONGAN CEMAS berikut:
Rendam bahagian yang melecur dalam air sejuk selama sekurang-kurangnya 10 minit.
Balut dengan pembalut yang bersih dan kering.
Jangan sapu sebarang krim, minyak atau losen.
Jangan masukkan dulang atau rak ke dalam air sejurus selepas memasak kerana ia boleh
menyebabkan dulang atau rak retak atau rosak.
Jangan kendalikan ketuhar gelombang mikro untuk menggoreng dengan minyak yang
banyak kerana suhu minyak tidak boleh dikawal. Ini boleh menyebabkan cecair yang
panas itu mendidih berlebihan.
MS28J5255UB_SP_DE68-04333T-01_MS.indd 10 2015-06-05  2:47:07
Bahasa Melayu
11
Maklumat keselamatan
AWAS
Hanya gunakan perkakas yang sesuai untuk digunakan di dalam ketuhar gelombang
mikro; JANGAN gunakan sebarang bekas logam, Pinggan mangkuk makan malam dengan
kemasan emas atau perak, Pencucuk, garpu, dll.
Tanggalkan ikatan pintal dawai dari beg kertas atau plastik.
Sebab: Pengarkaan atau pencucuhan elektrik boleh berlaku dan boleh merosakkan ketuhar.
Jangan gunakan ketuhar gelombang mikro untuk mengeringkan kertas atau kain.
Gunakan masa yang lebih singkat untuk makanan yang sedikit bagi mengelakkan
pemanasan berlebihan dan menghanguskan makanan.
Jangan rendam kabel kuasa atau palam kuasa di dalam air dan jauhkan kabel kuasa dari
haba.
Telur dalam kulitnya dan telur rebus tidak harus dipanaskan di dalam ketuhar gelombang
mikro oleh kerana ia boleh meletup, walaupun setelah pemanasan gelombang mikro
selesai; Selain itu, jangan panaskan botol kedap udara atau dikedap vakum, balang, bekas,
kacang dalam kulit, tomato, dll.
Jangan tutup lubang-lubang alur pengalihan udara dengan kain atau kertas. Ia boleh
terbakar semasa udara panas keluar dari ketuhar. Ketuhar juga boleh menjadi terlalu
panas dan dimatikan secara automatik, dan akan kekal dimatikan sehingga ia telah sejuk
secukupnya.
Sentiasa gunakan sarung tangan ketuhar apabila mengeluarkan bekas dari ketuhar untuk
mengelakkan luka terbakar yang tidak disengajakan.
Kacau cecair separuh masa semasa memanas atau selepas pemanasan tamat dan biarkan
cecair sekurang-sekurangnya 20 saat selepas pemanasan untuk mencegah didihan yang
membuak-buak.
Berdiri sejauh kira-kira dua kaki dari ketuhar apabila membuka pintunya untuk
mengelakkan melecur disebabkan udara atau wap panas yang keluar.
Jangan kendalikan ketuhar gelombang mikro semasa ia kosong. Ketuhar gelombang
mikro akan dimatikan secara automatik selama 30 minit untuk tujuan keselamatan. Kami
menyarankan meletakkan segelas air di dalam ketuhar sepanjang masa untuk menyerap
gelombang mikro jika ketuhar gelombang mikro dihidupkan secara tidak sengaja.
Pasang ketuhar dengan mematuhi kelulusan yang dinyatakan di dalam manual ini. (Lihat
memasang ketuhar gelombang mikro anda.)
Berhati-hati semasa menyambung peralatan elektrik lain pada soket berhampiran ketuhar.
MS28J5255UB_SP_DE68-04333T-01_MS.indd 11 2015-06-05  2:47:07
12
Bahasa Melayu
Maklumat keselamatan
Maklumat keselamatan
Langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan kemungkinan pendedahan pada
tenaga gelombang mikro yang melampau. (Fungsi gelombang mikro sahaja)
Kegagalan mematuhi langkah-langkah keselamatan berikut boleh mengakibatkan pendedahan kepada
tenaga gelombang mikro yang memudaratkan.
A. Dalam apa keadaan sekalipun, jangan sekali-kali cuba mengendalikan ketuhar dengan pintunya
terbuka atau mengusik saling kunci keselamatan (selak pintu) atau memasukkan sesuatu benda ke
dalam lubang saling kunci keselamatan.
B. JANGAN letakkan sebarang objek di antara pintu ketuhar dengan muka depan atau membiarkan
sisa makanan atau bahan pembersih terkumpul pada permukaan kedap. Pastikan pintu dan
permukaan kedap pintu sentiasa bersih dengan mengelapnya selepas digunakan mula-mula dengan
kain lembap dan kemudian dengan kain kering yang lembut.
C. JANGAN kendalikan ketuhar jika ia rosak sehingga ia telah dibaiki oleh juruteknik servis
gelombang mikro yang berkelayakan yang dilatih oleh pembuat. Adalah penting sekali pintu
ketuhar ditutup dengan betul dan tiada kerosakan pada:
1) pintu (bengkok)
2) engsel pintu (pecah atau longgar)
3) kedap pintu dan permukaan kedap
D. Ketuhar tidak harus dilaras atau dibaiki oleh sesiapa pun kecuali juruteknik servis gelombang mikro
yang berkelayakan dan dilatih oleh pembuat.
Samsung akan mengenakan caj pembaikan bagi menggantikan aksesori atau memperbaiki kecacatan
kosmetik sekiranya kerosakan unit dan/atau kerosakan atau kehilangan aksesori disebabkan oleh
pelanggan. Item bagi syarat ini merangkumi termasuk:
A. Pintu, pemegang, panel luar atau panel kawal yang lekuk, calar atau rosak.
B. Tray, roda pandu, pengganding atau rak wayar yang rosak atau hilang.
Gunakan alat ini hanya untuk tujuan yang dimaksudkan seperti yang diterangkan di dalam manual
arahan ini. Amaran dan Arahan Keselamatan di dalam buku panduan ini tidak merangkumi semua
keadaan dan situasi yang boleh berlaku. Anda bertanggungjawab untuk menggunakan akal,
berwaspada dan berhati-hati semasa memasang, menyelenggarakan dan mengendalikan perkakas
anda.
Oleh kerana arahan pengendalian berikut meliputi pelbagai model, ciri ketuhar gelombang mikro anda
mungkin berbeza sedikit daripada yang diterangkan di dalam manual ini dan bukan semua tanda-
tanda amaran boleh digunakan. Jika anda mempunyai sebarang soalan atau keprihatinan, hubungi
pusat perkhidmatan yang terdekat dengan anda atau dapatkan bantuan dan maklumat dalam talian di
www.samsung.com.
Ketuhar gelombang mikro ini seharusnya digunakan untuk memanaskan makanan. Ianya bertujuan
untuk kegunaan rumah domestik sahaja. Jangan panaskan apa-apa jenis tekstil atau kusyen yang
diisi dengan bijian, yang boleh menyebabkan melecur dan kebakaran. Pengilang tidak boleh
dipertanggungjawabkan untuk kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan alat yang tidak sesuai
atau tidak betul.
MS28J5255UB_SP_DE68-04333T-01_MS.indd 12 2015-06-05  2:47:07
Bahasa Melayu
13
Maklumat keselamatan
Kegagalan mengekalkan ketuhar dalam keadaan yang bersih boleh mengakibatkan kerosakan pada
permukaannya yang boleh memendekkan hayat alat ini dan mungkin mengakibatkan situasi yang
berbahaya.
Arahan Pemasangan & Pendawaian
NOTA PENTING :
Kabel utama pada peralatan ini diberikan bersama palam teracu yang dilengkapkan dengan us.
Nilai us dinyatakan pada muka pin palam dan, sekiranya perlu diganti, us yang diluluskan
untuk BS1363 bagi penarafan yang sama hendaklah digunakan.
Jangan sekali-kali menggunakan palam yang tidak mempunyai penutup us jika penutupnya
boleh ditanggalkan. Jika penutup us gantian diperlukan, ia hendaklah daripada warna yang
sama seperti muka pin palam.
Penutup gantian boleh didapati daripada Penjual anda. Jika palam yang disediakan tidak sesuai
untuk punca kuasa di rumah anda atau kabel tidak cukup panjang untuk sampai ke punca kuasa,
anda perlu mendapatkan wayar sambungan lulus keselamatan yang sesuai atau hubungi Penjual
anda untuk bantuan. Walau bagaimanapun, jika tiada alternatif selain memotong palamnya,
keluarkan us dan kemudian buang palam dengan cara yang selamat. Jangan sambungkan
palam pada soket utama, kerana terdapat risiko bahaya kejutan dari kord eksibel yang
terdedah.
Arahan pendawaian
AMARAN ALAT INI MESTI DIBUMIKAN.
Alat ini mesti dibumikan. Sekiranya berlaku litar pintas, pembumian mengurangkan risiko kejutan
elektrik dengan menyediakan wayar lepasan untuk arus elektrik. Alat ini dilengkapi dengan kabel
utama yang termasuk wayar bumi untuk menyambung ke terminal bumi palam utama anda.
Palam mestilah dipasang pada soket yang telah dipasang dan dibumikan dengan betul.
NOTA
Wayar dalam kabel utama ini diwarnakan mengikut kod berikut:
Hijau dan kuning : Bumi
Biru : Neutral
Coklat : Hidup
Oleh kerana warna wayar dalam kabel utama alat ini mungkin tidak mengikut tanda berwarna
yang mengenal pasti terminal di dalam palam anda, lakukan seperti berikut.
MS28J5255UB_SP_DE68-04333T-01_MS.indd 13 2015-06-05  2:47:07
14
Bahasa Melayu
Maklumat keselamatan
Maklumat keselamatan
Sambungkan wayar hijau dan kuning pada terminal di dalam palam yang ditandakan dengan
huruf E atau simbol bumi ( ) atau diwarnakan hijau atau hijau-dan-kuning.
Sambungkan wayar biru pada terminal yang ditandakan dengan huruf N atau diwarnakan hitam.
NOTA
Dapatkan nasihat juruelektrik atau juruteknik perkhidmatan yang berkelayakan sekiranya
anda ragu-ragu tentang mana-mana arahan ini.
Pengeluar ketuhar ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang liabiliti bagi
kerosakan kepada orang atau bahan akibat ketidakpatuhan akan syarat-syarat ini.
Tiada bahagian yang boleh diservis pengguna di dalam ketuhar ini dan jika kabel
utama peralatan ini rosak, ia hanya boleh diganti oleh kakitangan perkhidmatan yang
berkelayakan yang diluluskan oleh pengeluar kerana peralatan khas diperlukan.
HIJAU DAN KUNING
BIRU
FIUS 13 AMP
COKLAT
AMARAN
Pastikan palam dan kord kuasa tidak rosak
sebelum digunakan. Jika anda mempunyai
sebarang sebab untuk mencabut palam
teracu dari perkakas ini, serta-merta
keluarkan us dan buang palam tersebut.
Jangan sambungkan palam pada soket
utama dalam apa-apa keadaan kerana
terdapat bahaya kejutan elektrik.
AMARAN
LITAR : Ketuhar gelombang mikro anda
harus dikendalikan pada litar yang
berasingan daripada peralatan lain.
Kegagalan berbuat demikian boleh
menyebabkan pemutus litar memutuskan
kuasa, us meletup atau makanan dimasak
dengan lebih perlahan.
MS28J5255UB_SP_DE68-04333T-01_MS.indd 14 2015-06-05  2:47:08
Bahasa Melayu
15
Pemasangan
Pemasangan
Aksesori
Bergantung kepada model yang telah anda beli, anda diberikan
beberapa aksesori yang boleh digunakan dengan pelbagai cara.
01 Gelang roda, perlu diletakkan
di tengah-tengah ketuhar.
Tujuan: Gelang roda
menyokong pinggan
putar.
02 Pinggan putar, perlu
diletakkan pada gelang roda
dengan bahagian tengahnya
terpasang pada pengganding.
Tujuan: Pinggan putar
berfungsi sebagai
permukaan
memasak utama; ia
boleh dikeluarkan
dengan mudah
untuk dibersihkan.
03 Pengukus kaca, lihat halaman
38.
Tujuan: Pengukus
kaca semasa
menggunakan
fungsi stim sihat.
MS28J5255UB_SP_DE68-04333T-01_MS.indd 15 2015-06-05  2:47:09
16
Bahasa Melayu
Pemasangan
Pemasangan
04 Mangkuk pemanasan
pinggan, lihat halaman
39 hingga 41.
Tujuan: Mangkuk
pemanasan
pinggan semasa
menggunakan
fungsi pemanasan
pinggan dalam mod
pemanasan.
PENTING
JANGAN kendalikan ketuhar
gelombang mikro tanpa gelang
pengguling dan pinggan putar.
PENTING
JANGAN kendalikan mod
Gelombang Mikro, Gril dan
Kombi dengan mangkuk
pemanasan pinggan. Hanya
gunakan untuk fungsi
pemanasan pinggan.
Mod Operasi
Pemanasan
Pinggan
MW
Mangkuk
pemanasan
pinggan
O X
MS28J5255UB_SP_DE68-04333T-01_MS.indd 16 2015-06-05  2:47:09
Bahasa Melayu
17
Pemasangan
Kawasan pemasangan
Pilih permukaan rata,
mendatar sekitar 85 sm atas
lantai. Permukaan itu mestilah
menyokong berat ketuhar.
Bilik yang selamat untuk
pengudaraan, sekurang-
kurangnya 10 sm daripada
dinding belakang dan kedua-
dua tepi, dan 20 sm daripada
atas.
Jangan pasang ketuhar
dalam persekitaran yang
panas atau lembap, seperti di
sebelah penyinar atau ketuhar
gelombang mikro lain.
Buang semua bahan
pembungkusan dari bahagian
dalam ketuhar. Pasang gelang
pengguling dan pinggan putar.
Periksa bagi memastikan
pinggan putar berputar dengan
bebas.
Piring putar
10 sm
di belakang
20 sm
di atas
10 sm
di tepi
85 sm
dari lantai
Mematuhi spesikasi bekalan
kuasa ketuhar ini. Hanya
gunakan kabel sambungan jika
anda perlu menggunakannya.
Lap bahagian dalam dan
pengadang pintu dengan
kain yang lembap sebelum
menggunakan ketuhar anda
buat pertama kali.
MS28J5255UB_SP_DE68-04333T-01_MS.indd 17 2015-06-05  2:47:10
18
Bahasa Melayu
Penyelenggaraan
Penyelenggaraan
Penyelenggaraan
Pembersihan
Bersihkan ketuhar dengan kerap untuk mengelakkan kotoran
daripada terkumpul pada atau di dalam ketuhar. Turut berikan
perhatian khusus pada pintu, pengadang pintu, dan pinggan putar
serta gelang roda (model berkenaan sahaja).
Jika pintu tidak terbuka dan tertutup dengan lancar, periksa dahulu
jika pengadang pintu telah mengumpulkan kotoran. Gunakan kain
lembut dalam air sabun untuk membersihkan kedua-dua bahagian
dalam dan luar ketuhar. Bilas dan keringkan.
Untuk membuang kotoran degil dengan bau busuk daripada bahagian
dalam ketuhar
1. Dengan ketuhar yang kosong,
letakkan secawan jus lemon
yang dicairkan di tengah
pinggan putar.
2. Panaskan ketuhar selama
10 minit pada kuasa maks.
3. Apabila kitaran lengkap,
tunggu sehingga ketuhar
menyejuk. Kemudian, buka
pintu dan bersihkan ruang
memasak.
Untuk membersihkan bahagian dalam model pemanas-berputar
Untuk membersihkan kawasan
atas ruang memasak, rendahkan
elemen pemanasan atas
sebanyak 45° seperti yang
ditunjukkan. Ini akan membantu
membersihkan kawasan atas.
Apabila selesai, letakkan semula
elemen pemanasan atas.
MS28J5255UB_SP_DE68-04333T-01_MS.indd 18 2015-06-05  2:47:10
Bahasa Melayu
19
Penyelenggaraan
AWAS
Pastikan pintu dan pengadang pintu
bersih dan pastikan pintu terbuka
dan tertutup dengan lancar. Jika
tidak, kitar hidup ketuhar akan
pendek.
Ambil langkah berjaga-jaga untuk
tidak menumpahkan air ke dalam
pengudaraan ketuhar.
Jangan gunakan sebarang
bahan kimia atau pelelas untuk
pembersihan.
Selepas setiap penggunaan
ketuhar, gunakan bahan pencuci
lembut untuk membersihkan
ruang memasak selepas menunggu
ketuhar untuk menyejuk.
Penggantian (pembaikan)
AMARAN
Ketuhar ini tidak mempunyai bahagian boleh alih-pengguna di dalam. Jangan cuba
untuk menggantikan atau membaiki ketuhar sendiri.
Jika anda menghadapi masalah
dengan engsel, pengadang, dan/atau
pintu, hubungi juruteknik bertauliah
atau pusat perkhidmatan Samsung
setempat untuk mendapatkan
bantuan teknikal.
Jika anda mahu menggantikan
mentol lampu, hubungi pusat
perkhidmatan Samsung setempat.
Jangan menggantikan ia sendiri.
Jika anda menghadapi masalah
dengan perumah luar ketuhar, cabut
palam kod kuasa daripada sumber
kuasa, dan kemudian hubungi pusat
perkhidmatan Samsung setempat.
Penjagaan terhadap tempoh panjang tidak digunakan
Jika anda tidak menggunakan ketuhar untuk tempoh yang panjang, cabut palam
daripada kod kuasa dan alihkan ketuhar ke lokasi yang kering, bebas habuk.
Habuk dan lembapan yang terbina di dalam ketuhar mungkin menjejaskan
prestasi ketuhar.
MS28J5255UB_SP_DE68-04333T-01_MS.indd 19 2015-06-05  2:47:11
  • Page 1 1
  • Page 2 2
  • Page 3 3
  • Page 4 4
  • Page 5 5
  • Page 6 6
  • Page 7 7
  • Page 8 8
  • Page 9 9
  • Page 10 10
  • Page 11 11
  • Page 12 12
  • Page 13 13
  • Page 14 14
  • Page 15 15
  • Page 16 16
  • Page 17 17
  • Page 18 18
  • Page 19 19
  • Page 20 20
  • Page 21 21
  • Page 22 22
  • Page 23 23
  • Page 24 24
  • Page 25 25
  • Page 26 26
  • Page 27 27
  • Page 28 28
  • Page 29 29
  • Page 30 30
  • Page 31 31
  • Page 32 32
  • Page 33 33
  • Page 34 34
  • Page 35 35
  • Page 36 36
  • Page 37 37
  • Page 38 38
  • Page 39 39
  • Page 40 40
  • Page 41 41
  • Page 42 42
  • Page 43 43
  • Page 44 44
  • Page 45 45
  • Page 46 46
  • Page 47 47
  • Page 48 48
  • Page 49 49
  • Page 50 50
  • Page 51 51
  • Page 52 52
  • Page 53 53
  • Page 54 54
  • Page 55 55
  • Page 56 56
  • Page 57 57
  • Page 58 58
  • Page 59 59
  • Page 60 60
  • Page 61 61
  • Page 62 62
  • Page 63 63
  • Page 64 64
  • Page 65 65
  • Page 66 66
  • Page 67 67
  • Page 68 68
  • Page 69 69
  • Page 70 70
  • Page 71 71
  • Page 72 72
  • Page 73 73
  • Page 74 74
  • Page 75 75
  • Page 76 76
  • Page 77 77
  • Page 78 78
  • Page 79 79
  • Page 80 80
  • Page 81 81
  • Page 82 82
  • Page 83 83
  • Page 84 84
  • Page 85 85
  • Page 86 86
  • Page 87 87
  • Page 88 88
  • Page 89 89
  • Page 90 90
  • Page 91 91
  • Page 92 92
  • Page 93 93
  • Page 94 94
  • Page 95 95
  • Page 96 96
  • Page 97 97
  • Page 98 98
  • Page 99 99
  • Page 100 100
  • Page 101 101
  • Page 102 102
  • Page 103 103
  • Page 104 104
  • Page 105 105
  • Page 106 106
  • Page 107 107
  • Page 108 108
  • Page 109 109
  • Page 110 110
  • Page 111 111
  • Page 112 112
  • Page 113 113
  • Page 114 114
  • Page 115 115
  • Page 116 116
  • Page 117 117
  • Page 118 118
  • Page 119 119
  • Page 120 120
  • Page 121 121
  • Page 122 122
  • Page 123 123
  • Page 124 124
  • Page 125 125
  • Page 126 126
  • Page 127 127
  • Page 128 128
  • Page 129 129
  • Page 130 130
  • Page 131 131
  • Page 132 132
  • Page 133 133
  • Page 134 134
  • Page 135 135
  • Page 136 136
  • Page 137 137
  • Page 138 138
  • Page 139 139
  • Page 140 140
  • Page 141 141
  • Page 142 142
  • Page 143 143
  • Page 144 144
  • Page 145 145
  • Page 146 146
  • Page 147 147
  • Page 148 148
  • Page 149 149
  • Page 150 150
  • Page 151 151
  • Page 152 152
  • Page 153 153
  • Page 154 154
  • Page 155 155
  • Page 156 156

Samsung MS28J5255UB ユーザーマニュアル

タイプ
ユーザーマニュアル

他の言語で