Samsung MC32K7055KT/SP ユーザーマニュアル

カテゴリー
電子レンジ
タイプ
ユーザーマニュアル
Ketuhar Gelombang Mikro
Manual pengguna
MC32K7055**
MC32K7055KT_SP_DE68-04545C-01_MS.indd 1 2019-09-04  5:39:10
2 Bahasa Melayu
Kandungan
KandunganKandungan
Arahan keselamatan 3
Arahan keselamatan penting 3
Keselamatan umum 6
Langkah berjaga-jaga pengendalian ketuhar gelombang mikro 7
Waranti terhad 8
Pemasangan 8
Aksesori 8
Tapak pemasangan 9
Pinggan putar 9
Penyelenggaraan 10
Pembersihan 10
Penggantian (pembaikan) 10
Penjagaan terhadap tempoh panjang tidak digunakan 10
Ciri-ciri ketuhar 11
Ketuhar 11
Panel kawalan 11
Penggunaan ketuhar 12
Bagaimana ketuhar gelombang mikro berfungsi 12
Memeriksa bagi memastikan ketuhar anda beroperasi dengan betul 12
Menetapkan masa 13
Memasak/Memanas Semula 13
Aras kuasa dan variasi masa 14
Melaraskan masa memasak 14
Menghentikan proses memasak 15
Menetapkan mod penjimatan tenaga 15
Menggunakan ciri Auto Bagas Panas 15
Menggunakan ciri Goreng Tanpa Minyak 19
Menggunakan ciri Masakan Sihat 21
Menggunakan ciri Pruf Doh/Yogurt 23
Menggunakan ciri Cair Beku Kuasa 24
Menggunakan ciri Pemanasan Semula/Masakan Auto 25
Menggunakan pinggan kerak 26
Bagas Panas 27
Menggril 28
Memilih aksesori 28
Menyatukan gelombang mikro dan gril 29
Mengkombinasikan gelombang mikro dan bagas panas 30
Panduan memasak menggunakan kukus tulen 31
Mematikan pembunyi bip 34
Menggunakan ciri Kunci Kanak-Kanak 34
Menggunakan ciri Hidup/Mati Pinggan Putar 34
Panduan perkakas memasak 35
Panduan memasak 36
Penyelesaian Masalah 47
Penyelesaian masalah 47
Kod maklumat 50
Spesikasi teknikal 51
MC32K7055KT_SP_DE68-04545C-01_MS.indd 2 2019-09-04  5:39:10
Bahasa Melayu 3
Arahan keselamatan
Arahan keselamatan
ARAHAN KESELAMATAN PENTING
BACA DENGAN TELITI DAN SIMPAN UNTUK RUJUKAN PADA MASA
HADAPAN.
AMARAN: Jika pintu atau kedap pintu rosak, ketuhar tidak boleh
dikendalikan sehingga ia telah dibaiki oleh orang yang cekap.
AMARAN: Adalah merbahaya bagi seseorang yang tidak cekap
menjalankan sebarang servis atau operasi pembaikan yang melibatkan
kerja menanggalkan penutup yang memberi perlindungan daripada
pendedahan kepada tenaga gelombang mikro.
AMARAN: Cecair dan makanan lain tidak boleh dipanaskan di dalam
bekas yang di kedap kerana ia boleh meletup.
AMARAN: Hanya benarkan kanak-kanak menggunakan ketuhar tanpa
penyeliaan apabila arahan yang mencukupi telah diberikan supaya
kanak-kanak tersebut boleh menggunakan ketuhar dengan cara yang
selamat dan memahami bahaya penggunaan yang tidak betul.
Alat ini bertujuan untuk digunakan dalam rumah sahaja dan ia tidak
bertujuan untuk digunakan seperti:
kawasan kakitangan dapur di dalam kedai, pejabat dan persekitaran
bekerja yang lain;
rumah ladang;
oleh klien di hotel, motel dan persekitaran penginapan yang lain;
persekitaran jenis inap-sarapan;
Hanya gunakan perkakas dapur yang sesuai untuk digunakan dalam
ketuhar gelombang mikro.
Apabila memanaskan makanan dalam bekas plastik atau kertas,
perhatikan ketuhar untuk mengesan kemungkinan pencetusan bunga api.
Ketuhar gelombang mikro dimaksudkan untuk pemanasan makanan
dan minuman. Pengeringan makanan atau pakaian dan pemanasan pad
penghangat, selipar, span, kain lembap dan yang seakan-akan sama
boleh menyebabkan risiko kecederaan, penyalaan atau kebakaran.
Jika asap dikeluarkan, matikan atau cabut palam alat dan pastikan
pintu ketuhar ditutup untuk mematikan api;
Memanaskan minuman menggunakan gelombang mikro boleh
mengakibatkan pendidihan meluap tertunda, oleh itu pastikan anda
berhati-hati apabila memegang bekas.
Kandungan botol makanan bayi dan balang makanan bayi harus
dikacau atau di goncang dan suhunya diperiksa sebelum makanan
dimakan, bagi mengelakkan luka terbakar.
Telur dalam kulitnya dan telur rebus tidak harus dipanaskan di dalam
ketuhar gelombang mikro oleh kerana ia boleh meletup, walaupun
setelah pemanasan gelombang mikro telah selesai.
Ketuhar harus dibersihkan dengan tetap dan sebarang cebisan
makanan ditanggalkan.
MC32K7055KT_SP_DE68-04545C-01_MS.indd 3 2019-09-04  5:39:10
4 Bahasa Melayu
Arahan keselamatan
Arahan keselamatan
Alat ini boleh digunakan oleh kanak-kanak berusia 8 tahun ke atas
dan orang-orang yang kekurangan keupayaan zikal, deria atau
mental atau kurang pengalaman dan pengetahuan jika mereka
telah diselia atau diberi arahan mengenai penggunaan alat dengan
cara yang selamat dan memahami bahaya yang terlibat. Kanak-
kanak tidak seharusnya bermain dengan alat ini. Pembersihan dan
penyelenggaraan pengguna tidak seharusnya dilakukan oleh kanak-
kanak tanpa seliaan.
Jika kord bekalan rosak, ia mesti diganti oleh pengilang, ejen
perkhidmatannya atau orang-orang yang sama berkelayakan bagi
mengelakkan bahaya.
Ketuhar ini mesti diletakkan mengadap arah dan ketinggian yang
betul yang membenarkan capaian mudah pada rongga dan kawasan
kawalan.
Sebelum menggunakan ketuhar anda buat kali pertama, ketuhar
harus dikendalikan bersama air selama 10 minit dan kemudian baru
digunakan.
Jika ketuhar ini mengeluarkan bunyi bising, bau terbakar atau
mengeluarkan asap , cabut palam kuasa dengan segera dan hubungi
pusat perkhidmatan yang terdekat dengan anda.
Ketuhar gelombang mikro harus diletakkan di tempat yang sesuai
supaya palamnya mudah dicapai.
Kegagalan mengekalkan ketuhar dalam keadaan yang bersih
boleh mengakibatkan kerosakan pada permukaannya yang boleh
memendekkan hayat peralatan ini dan mungkin mengakibatkan situasi
yang berbahaya.
Ketuhar gelombang mikro ini dimaksudkan untuk digunakan di atas
kaunter (bebas) sahaja, ketuhar gelombang mikro ini tidak harus
diletakkan di atas kabinet.
Bekas logam untuk makanan dan minuman tidak dibenarkan semasa
memasak menggunakan ketuhar gelombang mikro.
Berhati-hati agar tidak mengalihkan pinggan putar apabila
mengeluarkan bekas daripada alat.
Alat ini tidak sepatutnya dibersihkan dengan pembersih wap.
Alat ini tidak sepatutnya dibersihkan dengan pancutan air.
Alat ini tidak dimaksudkan untuk dipasang di dalam kenderaan jalan
raya, karavan, dan kenderaan-kenderaan yang serupa dll.
Alat ini bukan untuk digunakan oleh orang-orang (termasuk kanak-
kanak) yang mempunyai keupayaan zikal, sensori atau mental yang
kurang, atau tidak berpengalaman dan berpengetahuan, kecuali
mereka telah diberikan penyeliaan atau arahan tentang penggunaan
alat ini oleh orang yang bertanggungjawab bagi keselamatan mereka.
Kanak-kanak harus diselia bagi memastikan mereka tidak bermain
dengan alat ini.
MC32K7055KT_SP_DE68-04545C-01_MS.indd 4 2019-09-04  5:39:10
Bahasa Melayu 5
Arahan keselamatan
AWAS: Proses memasak perlu diawasi. Proses memasak jangka pendek
perlu diawasi secara berterusan.
Pintu atau permukaan luar mungkin menjadi panas semasa alat sedang
beroperasi.
Suhu permukaan boleh dicapai mungkin tinggi semasa alat sedang
beroperasi.
Permukaan boleh menjadi panas semasa digunakan.
Alat-alat tidak dimaksudkan untuk dikendalikan dengan menggunakan
pemasa luaran atau sistem kawalan jauh berasingan.
Alat ini boleh digunakan oleh kanak-kanak berusia 8 tahun ke atas
dan orang-orang yang kekurangan keupayaan zikal, deria atau
mental atau kurang pengalaman dan pengetahuan jika mereka telah
diselia atau diberi arahan mengenai penggunaan alat dengan cara
yang selamat dan memahami bahaya yang terlibat. Kanak-kanak tidak
seharusnya bermain dengan alat ini. Kanak-kanak tidak sepatutnya
melakukan pembersihan dan penyenggaraan pengguna melainkan
mereka berusia daripada 8 tahun ke atas dan diawasi.
Jauhkan alat dan kordnya daripada capaian kanak-kanak berusia
kurang daripada 8 tahun.
AMARAN: Apabila alat dikendalikan dalam mod kombinasi, kanak-
kanak hanya boleh menggunakan ketuhar di bawah penyeliaan orang
dewasa kerana suhu yang dijana.
Semasa digunakan, alat ini menjadi panas. Berhati-hati agar tidak
menyentuh elemen-elemen pemanas di dalam ketuhar.
AMARAN: Bahagian-bahagian yang boleh dicapai akan menjadi panas
semasa digunakan. Kanak-kanak kecil tidak harus mendekati ketuhar.
Jangan gunakan pembersih kasar yang kuat atau pengerik logam
yang tajam untuk membersihkan kaca pintu ketuhar kerana ia boleh
mencalarkan permukaannya, yang boleh mengakibatkan kaca itu
pecah.
Pembersih wap tidak boleh digunakan.
AMARAN: Pastikan alat ini dimatikan sebelum menggantikan lampu
bagi mengelakkan kemungkinan kejutan elektrik.
Alat ini tidak boleh dipasang di belakang pintu hiasan untuk
mengelakkan pemanasan yang terlampau.
AMARAN: Alat dan bahagian alat yang boleh dicapai menjadi panas
semasa penggunaan.
Berhati-hati agar tidak menyentuh elemen-elemen pemanas.
Kanak-kanak berusia kurang daripada 8 tahun seharusnya dijauhkan
melainkan sentiasa diselia.
MC32K7055KT_SP_DE68-04545C-01_MS.indd 5 2019-09-04  5:39:10
6 Bahasa Melayu
Arahan keselamatan
Arahan keselamatan
Amaran gelombang mikro
Memanaskan minuman menggunakan gelombang mikro mungkin mengakibatkan pendidihan meluap
tertunda, sentiasa berhati-hati apabila memegang bekas. Biarkan minuman berada di dalam ketuhar
sekurang-kurangnya 20 saat sebelum pengendalian. Jika perlu, kacau semasa dipanaskan. Sentiasa
kacau selepas dipanaskan.
Sekiranya kulit anda melecur, ikut arahan Pertolongan Cemas berikut:
1. Rendam bahagian yang melecur dalam air sejuk selama sekurang-kurangnya 10 minit.
2. Balut dengan pembalut yang bersih dan kering.
3. Jangan sapu sebarang krim, minyak atau losen.
Untuk mengelakkan kerosakan pada dulang atau rak, jangan letak dulang atau rak di dalam air
sejurus selepas memasak.
Jangan gunakan ketuhar gelombang mikro untuk menggoreng dengan minyak yang banyak kerana
suhu minyak tidak boleh dikawal. Ini boleh menyebabkan minyak yang panas itu mendidih secara
mendadak.
Keselamatan umum
Sebarang pengubahsuaian atau pembaikan perlu dilakukan oleh kakitangan berkelayakan sahaja.
Jangan panaskan makanan atau cecair yang dikedapkan dalam bekas untuk fungsi gelombang mikro.
Jangan gunakan benzena, pencair, alkohol, pembersih wap atau pembersih tekanan tinggi untuk
membersihkan alat ini.
Jangan pasang ketuhar berdekatan dengan alat pemanas atau bahan mudah terbakar; lokasi yang
lembap, berminyak, berhabuk atau didedahkan kepada cahaya matahari secara terus atau air; atau di
mana gas mungkin bocor; atau permukaan yang tidak rata.
Alat ini mesti dibumikan dengan betul menurut kod-kod tempatan dan antarabangsa.
Gunakan kain kering secara kerap untuk menanggalkan bahan asing daripada terminal palam kuasa
dan sentuhan.
Jangan tarik atau terlalu bengkokkan atau letakkan objek berat atas kord kuasa.
Jika terdapat kebocoran gas (propana, LP, dsb) alih udarakan dengan segera. Jangan sentuh kord
kuasa.
Jangan sentuh kord kuasa dengan tangan yang basah.
Semasa ketuhar beroperasi, jangan matikannya dengan menanggalkan kord kuasa.
Jangan selitkan jari atau bahan asing. Jika bahan asing memasuki ketuhar, tanggalkan kord kuasa
dan hubungi pusat perkhidmatan Samsung tempatan.
Jangan kenakan tekanan atau hentaman berlebihan pada alat.
Jangan letak ketuhar di atas objek mudah pecah.
Pastikan voltan kuasa, frekuensi, dan arus sepadan dengan spesikasi produk.
Pasang palam kuasa pada soket dinding dengan kukuh. Jangan gunakan penyesuai berbilang palam,
kord pemanjang atau pengubah elektrik.
Jangan cangkukkan kord kuasa pada objek logam. Pastikan kord berada di antara objek atau di
belakang ketuhar.
Jangan gunakan palam kuasa yang rosak, kord kuasa yang rosak atau soket dinding yang longgar.
Untuk palam atau kord kuasa yang rosak, hubungi pusat perkhidmatan Samsung tempatan.
Jangan tuang atau sembur air pada ketuhar.
Jangan letakkan objek di atas ketuhar, di dalam atau di pintu ketuhar.
Jangan semburkan bahan meruap seperti ubat serangga pada permukaan ketuhar.
Jangan simpan bahan-bahan mudah terbakar di dalam ketuhar. Oleh kerana wap alkohol boleh
mengenai bahagian ketuhar yang panas, berhati-hati apabila memanaskan makanan atau minuman
yang mengandungi alkohol.
Kanak-kanak mungkin berlanggar atau jari mereka tersepit di pintu. Apabila membuka/menutup
pintu, pastikan kanak-kanak tidak ada yang berdekatan.
MC32K7055KT_SP_DE68-04545C-01_MS.indd 6 2019-09-04  5:39:10
Bahasa Melayu 7
Arahan keselamatan
Langkah berjaga-jaga pengendalian ketuhar gelombang mikro
Kegagalan mematuhi langkah-langkah keselamatan berikut boleh mengakibatkan pendedahan
kepada tenaga gelombang mikro yang memudaratkan.
Jangan kendalikan ketuhar semasa pintu terbuka. Jangan usik kunci salingan keselamatan
(selak pintu). Jangan selit apa-apa ke dalam lubang kunci salingan keselamatan.
JANGAN letakkan sebarang objek di antara pintu ketuhar dengan muka depan atau membiarkan
sisa makanan atau bahan pembersih terkumpul pada permukaan kedap. Pastikan pintu dan
permukaan pengedap pintu sentiasa bersih dengan mengelapnya dengan kain lembap dan
kemudian dengan kain kering yang lembut setiap kali selepas digunakan.
Jangan kendalikan ketuhar jika ia rosak. Hanya kendalikannya selepas ia diperbaik oleh
juruteknik yang berkelayakan.
Penting: pintu ketuhar mesti ditutup dengan betul. Pintu tidak boleh melengkung; selak tidak
boleh pecah atau longgar; pengedap pintu dan permukaan pengedap tidak boleh rosak.
Semua pelarasan atau pembaikan perlu dilakukan oleh juruteknik yang berkelayakan.
Langkah berhati-hati ketuhar gelombang mikro
Hanya gunakan peralatan yang tahan gelombang mikro. Jangan gunakan bekas logam, pinggan
mangkuk dan pencucuk dengan hiasan emas atau perak.
Tanggalkan ikatan pintalan wayar. Pengarkaan elektrik mungkin berlaku.
Jangan gunakan ketuhar untuk mengeringkan kertas atau kain.
Gunakan masa yang lebih singkat untuk makanan yang sedikit bagi mengelakkan pemanasan
berlebihan atau hangus.
Jauhkan kord kuasa dan palam kuasa daripada sumber air dan haba.
Untuk mengelakkan risiko letupan, jangan panaskan telur yang berkulit atau telur yang direbus
keras.
Jangan panaskan bekas kedap udara atau kedap vakum, kekacang, tomato, dsb.
Jangan tutup lubang-lubang alur pengalihan udara dengan kain atau kertas. Ini ialah punca
kebakaran. Ketuhar juga mungkin menjadi terlalu panas dan dimatikan secara automatik, dan akan
kekal dimatikan sehingga ia sejuk secukupnya.
Sentiasa gunakan sarung tangan ketuhar apabila mengeluarkan hidangan.
Kacau cecair separuh masa semasa memanas atau selepas pemanasan tamat dan biarkan cecair
sekurang-sekurangnya 20 saat selepas pemanasan untuk mencegah didihan yang membuak-buak.
Berdiri sejauh kira-kira dua kaki dari ketuhar apabila membuka pintunya untuk mengelakkan
melecur disebabkan udara atau wap panas yang keluar.
Jangan kendalikan ketuhar semasa ia kosong. Ketuhar akan dimatikan secara automatik selama
30 minit untuk tujuan keselamatan. Kami menyarankan meletakkan segelas air di dalam ketuhar
sepanjang masa untuk menyerap gelombang mikro jika ketuhar dihidupkan secara tidak sengaja.
Pasang ketuhar dengan mematuhi kelulusan di dalam manual ini. (Lihat Memasang ketuhar
gelombang mikro Anda)
Berhati-hati semasa menyambung peralatan elektrik lain ke soket berhampiran ketuhar.
MC32K7055KT_SP_DE68-04545C-01_MS.indd 7 2019-09-04  5:39:10
8 Bahasa Melayu
Pemasangan
Waranti terhad
Samsung akan mengenakan caj pembaikan bagi menggantikan aksesori atau memperbaiki kecacatan
kosmetik sekiranya kerosakan pada unit atau aksesori disebabkan oleh pelanggan. Item yang
dilindungi oleh syarat ini termasuk:
Pintu, pemegang, panel luar, atau panel kawalan yang kemik, tercalar, atau pecah.
Tray, roda pandu, pengganding atau rak wayar yang rosak atau hilang.
Gunakan ketuhar ini hanya untuk tujuan yang dimaksudkan seperti yang diterangkan di dalam
manual arahan ini. Amaran dan Arahan Keselamatan di dalam buku panduan ini tidak merangkumi
semua keadaan dan situasi yang boleh berlaku. Anda bertanggungjawab untuk menggunakan akal,
berwaspada dan berhati-hati semasa memasang, menyelenggarakan dan mengendalikan ketuhar
anda.
Oleh kerana arahan pengendalian berikut meliputi pelbagai model, ciri ketuhar gelombang mikro
anda mungkin berbeza sedikit daripada yang diterangkan di dalam manual ini dan bukan semua
tanda-tanda amaran boleh digunakan. Jika anda mempunyai sebarang soalan atau keprihatinan,
hubungi pusat perkhidmatan Samsung di tempat anda atau dapatkan bantuan dan maklumat dalam
talian di www.samsung.com.
Gunakan ketuhar ini untuk memanaskan makanan sahaja. Ianya bertujuan untuk kegunaandomestik
sahaja. Jangan panaskan apa-apa jenis tekstil atau kusyen yang diisi dengan bijian. Pengilang tidak
boleh dipertanggungjawabkan untuk kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan ketuhar yang
tidak sesuai atau tidak betul.
Untuk mengelakkan daripada permukaan ketuhar menjadi lusuh dan situasi berbahaya, sentiasa
pastikan ketuhar bersih dan diselenggarakan dengan baik.
Pemasangan
Aksesori
Bergantung kepada model yang telah anda beli, anda diberikan beberapa aksesori yang boleh
digunakan dengan pelbagai cara.
01 Gelang roda, perlu diletakkan di tengah-tengah
ketuhar.
Tujuan: Gelang roda menyokong pinggan
putar.
02 Pinggan Putar, perlu diletakkan pada gelang roda
dengan bahagian tengahnya terpasang pada
pengganding.
Tujuan: Pinggan putar berfungsi sebagai
permukaan memasak utama; ia boleh
dikeluarkan dengan mudah untuk
dibersihkan.
03 Rak tinggi, Rak rendah, perlu diletakkan di atas
pinggan putar.
Tujuan: Rak logam boleh digunakan untuk
memasak dua hidangan pada masa
yang sama. Hidangan kecil boleh
diletakkan di atas pinggan putar dan
hidangan yang kedua di atas rak.
Rak logam boleh digunakan untuk
menggril, dalam masakan bagas panas
dan kombinasi.
MC32K7055KT_SP_DE68-04545C-01_MS.indd 8 2019-09-04  5:39:11
Bahasa Melayu 9
Pemasangan
04 Pinggan kerak, lihat halaman 26.
Tujuan: Pinggan kerak digunakan untuk
memerangkan makanan dengan lebih
baik dalam ketuhar gelombang mikro
atau mod memasak kombinasi gril. Ia
membantu mengekalkan kerangupan
doh pastri dan piza.
05 Pemasak kukus tulen, rujuk halaman 31 hingga
33.
Tujuan: Pemasak kukus plastik apabila
menggunakan fungsi kukus tulen.
Gunakan Pemasak kukus dengan Wap Kuasa.
Pemasak kukus hanya tersedia dengan proses
memasak Gelombang Mikro. Jangan gunakan
dengan mod memasak yang lain.
Lihat Panduan memasak kukus tulen pada
halaman 31.
AWAS
JANGAN kendalikan ketuhar gelombang mikro tanpa gelang roda dan pinggan putar.
Tapak pemasangan
10 sm di belakang
10 sm di tepi
85 sm dari
lantai
20 sm di atas
Pilih permukaan rata, mendatar sekitar 85 sm
atas lantai. Permukaan itu mestilah menyokong
berat ketuhar.
Biarkan ruang untuk pengudaraan, sekurang-
kurangnya 10 sm daripada dinding belakang dan
kedua-dua tepi, dan 20 sm daripada atas.
Jangan pasang ketuhar dalam persekitaran yang
panas atau lembap, seperti di sebelah penyinar
atau ketuhar gelombang mikro lain.
Mematuhi spesikasi bekalan kuasa ketuhar ini.
Hanya gunakan kabel sambungan jika anda perlu
menggunakannya.
Lap bahagian dalam dan pengadang pintu
dengan kain yang lembap sebelum menggunakan
ketuhar anda buat pertama kali.
Pinggan putar
Buang semua bahan pembungkusan dari bahagian
dalam ketuhar. Pasang gelang pengguling dan
pinggan putar. Periksa bagi memastikan pinggan
putar berputar dengan bebas.
MC32K7055KT_SP_DE68-04545C-01_MS.indd 9 2019-09-04  5:39:11
10 Bahasa Melayu
Penyelenggaraan
PenyelenggaraanPenyelenggaraan
Pembersihan
Bersihkan ketuhar dengan kerap untuk mengelakkan kotoran daripada terkumpul pada atau di dalam
ketuhar. Berikan juga perhatian khusus pada pintu, pengadang pintu, dan pinggan putar serta gelang
roda (model berkenaan sahaja).
Jika pintu tidak terbuka dan tertutup dengan lancar, periksa dahulu jika pengadang pintu telah
mengumpulkan kotoran. Gunakan kain lembut dalam air sabun untuk membersihkan kedua-dua
bahagian dalam dan luar ketuhar. Bilas dan keringkan.
Untuk membuang kotoran degil dengan bau busuk daripada bahagian dalam ketuhar
1. Dengan ketuhar yang kosong, letakkan secawan jus lemon yang dicairkan di tengah pinggan
putar.
2. Panaskan ketuhar selama 10 minit pada kuasa maks.
3. Apabila kitaran lengkap, tunggu sehingga ketuhar menyejuk. Kemudian, buka pintu dan
bersihkan ruang memasak.
Untuk membersihkan bahagian dalam model pemanas-berputar
Untuk membersihkan kawasan atas ruang memasak,
rendahkan elemen pemanasan atas sebanyak 45°
seperti yang ditunjukkan. Ini akan membantu
membersihkan kawasan atas. Apabila selesai,
letakkan semula elemen pemanasan atas.
AWAS
Pastikan pintu dan pengadang pintu bersih dan pastikan pintu terbuka dan tertutup dengan
lancar. Jika tidak, kitar hidup ketuhar akan pendek.
Ambil langkah berjaga-jaga untuk tidak menumpahkan air ke dalam pengudaraan ketuhar.
Jangan gunakan sebarang bahan kimia atau pelelas untuk pembersihan.
Selepas setiap penggunaan ketuhar, gunakan bahan pencuci lembut untuk membersihkan ruang
memasak selepas menunggu ketuhar untuk menyejuk.
Penggantian (pembaikan)
AMARAN
Ketuhar ini tidak mempunyai bahagian boleh alih-pengguna di dalam. Jangan cuba untuk
menggantikan atau membaiki ketuhar sendiri.
Jika anda menghadapi masalah dengan engsel, pengadang, dan/atau pintu, hubungi juruteknik
bertauliah atau pusat perkhidmatan Samsung setempat untuk mendapatkan bantuan teknikal.
Jika anda mahu menggantikan mentol lampu, hubungi pusat perkhidmatan Samsung setempat.
Jangan menggantikan ia sendiri.
Jika anda menghadapi masalah dengan perumah luar ketuhar, cabut palam kod kuasa daripada
sumber kuasa, dan kemudian hubungi pusat perkhidmatan Samsung setempat.
Penjagaan terhadap tempoh panjang tidak digunakan
Jika anda tidak menggunakan ketuhar untuk tempoh yang panjang, cabut palam daripada kod kuasa
dan alihkan ketuhar ke lokasi yang kering, bebas habuk. Habuk dan lembapan yang terbina di dalam
ketuhar mungkin menjejaskan prestasi ketuhar.
MC32K7055KT_SP_DE68-04545C-01_MS.indd 10 2019-09-04  5:39:12
Bahasa Melayu 11
Ciri-ciri ketuhar
Ciri-ciri ketuhar
Ketuhar
1004 07 08 0905 06
01 02 03
01 Lubang saling kunci
keselamatan
02 Elemen pemanas 03 Lubang pengalihan
udara
04 Selak pintu 05 Pinggan putar 06 Pengganding
07 Pemegang pintu 08 Gelang roda 09 Pintu
10 Panel kawalan
Panel kawalan
01
03
05
07
09
11
14
12
02
04
06
08
10
13
15
01 Hot Blast Auto (Auto Bagas Panas)
02 Slim Fry (Goreng Tanpa Minyak)
03 Healthy Cooking (Masakan Sihat)
04 Dough Proof/Yogurt (Pruf Doh/Yogurt)
05 Power Defrost (Cair Beku Kuasa)
06 Auto Reheat/Cook
(Pemanasan Semula/Masakan Auto)
07 Hot Blast (Bagas Panas)
08 Grill (Gril)
09 Microwave (Gelombang mikro)
10 Combi (Kombi)
11 Hidup/Mati Pinggan Putar
12 Pemilih Berbilang Fungsi
13 Kunci Kanak-Kanak
14 STOP/ECO (BERHENTI/EKO)
15 START/+30s (MULA/+30s)
MC32K7055KT_SP_DE68-04545C-01_MS.indd 11 2019-09-04  5:39:12
12 Bahasa Melayu
Penggunaan ketuhar
Penggunaan ketuharPenggunaan ketuhar
Bagaimana ketuhar gelombang mikro berfungsi
Gelombang mikro adalah gelombang elektromagnetik berfrekuensi tinggi; tenaga yang dikeluarkan
membolehkan makanan dimasak atau dipanaskan semula tanpa mengubah bentuk atau warna.
Anda boleh menggunakan ketuhar gelombang mikro anda untuk:
Mencair beku
Memanas semula
Memasak
Dasar memasak.
1. Gelombang mikro yang dijana magnetron
dipantulkan pada rongga ketuhar dan diagihkan
dengan seragam sementara makanan berputar
di atas pinggan putar. Dengan itu, makanan
dimasak sama rata.
2. Gelombang mikro diserap makanan sehingga
kira-kira sedalam 1 inci (2.5 sm). Proses
memasak berterusan apabila haba dilesapkan di
dalam makanan.
3. Masa memasak berbeza-beza mengikut bekas
yang digunakan dan sifat-sifat makanan:
Kuantiti dan ketumpatan
Kandungan air
Suhu awal (disejukkan atau tidak)
NOTA
Oleh kerana bahagian tengah makanan dimasak melalui pelesapan haba, proses memasak masih
berterusan walaupun anda sudah mengeluarkan makanan dari ketuhar. Masa biar yang ditentukan
dalam resipi dan dalam buku panduan ini hendaklah dipatuhi bagi memastikan:
Pemasakan makanan yang rata hingga ke bahagian tengah.
Suhu yang sama pada seluruh makanan.
Memeriksa bagi memastikan ketuhar anda beroperasi dengan betul
Prosedur mudah yang berikut membolehkan anda memeriksa bagi memastikan ketuhar anda
sentiasa berfungsi dengan betul. Jika anda ragu-ragu, rujuk bahagian yang bertajuk “Penyelesaian
masalah” di halaman 47-50.
NOTA
Palam ketuhar mestilah dipasang pada soket dinding yang sesuai. Pinggan putar mestilah berada di
kedudukannya di dalam ketuhar. Jika aras kuasa yang lain daripada aras maksimum (100 % - 900 W)
digunakan, air akan mengambil masa lebih lama untuk mendidih.
Buka pintu ketuhar dengan menarik pemegang di sebelah atas pintu.
Letakkan segelas air di atas pinggan putar. Tutup pintu ketuhar.
Tekan mod Microwave (Gelombang mikro) dan
laraskan masa kepada 4 atau 5 minit dengan
menekan butang START/+30s (MULA/+30s).
Hasil: Ketuhar akan memanaskan air selama 4 atau
5 minit. Air itu kemudiannya akan mula
mendidih.
MC32K7055KT_SP_DE68-04545C-01_MS.indd 12 2019-09-04  5:39:13
Bahasa Melayu 13
Penggunaan ketuhar
Menetapkan masa
Apabila ada bekalan elektrik, “88:88” dan kemudian “12:00” dipaparkan secara automatik pada
paparan.
Sila tetapkan masa. Masa boleh dipaparkan dalam notasi 12 jam atau 24 jam. Anda mestilah
menetapkan jam:
Apabila anda mula-mula memasang ketuhar gelombang mikro anda
Selepas bekalan elektrik terputus
NOTA
Jangan lupa untuk menetap semula jam apabila anda beralih dari waktu musim panas kepada waktu
musim sejuk dan sebaliknya.
2
1
4
3
1. Tekan Pemilih Berbilang Fungsi.
2. Putar Pemilih Berbilang Fungsi untuk
menetapkan jenis paparan masa. (12J atau 24J)
3. Tekan Pemilih Berbilang Fungsi untuk
melengkapkan persediaan.
4. Putar Pemilih Berbilang Fungsi untuk
menetapkan jam.
6
5
7
5. Tekan Pemilih Berbilang Fungsi.
6. Putar Pemilih Berbilang Fungsi untuk
menetapkan minit.
7. Apabila masa yang betul dipaparkan, tekan
Pemilih Berbilang Fungsi untuk memulakan jam.
Hasil: Masa dipaparkan apabila anda tidak
menggunakan ketuhar gelombang
mikro.
Memasak/Memanas Semula
Prosedur berikut menerangkan cara memasak atau memanaskan semula makanan.
AWAS
SENTIASA periksa tetapan memasak anda sebelum meninggalkan ketuhar tanpa dijaga.
Buka pintu. Letakkan makanan di tengah-tengah pinggan putar. Tutup pintu ketuhar. Jangan sekali-
kali hidupkan ketuhar gelombang mikro semasa ia kosong.
1
1. Tekan butang Microwave (Gelombang mikro).
Hasil: Penunjuk-penunjuk yang berikut
dipaparkan:
(Mod gelombang mikro)
900 W (Kuasa output)
2
2. Putar Pemilih Berbilang Fungsi sehingga tahap
kuasa yang sesuai dipaparkan.
Pada ketika itu, tekan Pemilih Berbilang Fungsi
untuk menetapkan aras kuasa.
Jika aras kuasa tidak ditetapkan dalam
masa 5 saat, ia akan bertukar ke peringkat
penetapan masa memasak secara Automatik.
MC32K7055KT_SP_DE68-04545C-01_MS.indd 13 2019-09-04  5:39:13
14 Bahasa Melayu
Penggunaan ketuhar
Penggunaan ketuhar
Masa memasak yang diberikan dalam resipi dan di dalam buku panduan ini adalah sepadan dengan
aras kuasa tertentu yang ditunjukkan.
Jika anda memilih... Masa memasaknya mestilah...
Aras kuasa lebih tinggi Dikurangkan
Aras kuasa lebih rendah Ditambah
Melaraskan masa memasak
Anda boleh menambah masa memasak dengan menekan butang START/+30s (MULA/+30s) sekali
untuk setiap 30 saat yang hendak ditambahkan.
Periksa bagaimana perkembangan proses memasak pada bila-bila masa dengan hanya
membuka pintu ketuhar
Menambah masa memasak yang tinggal
1
2
Kaedah 1
Untuk menambah masa memasak makanan anda,
tekan butang START/+30s (MULA/+30s) sekali untuk
setiap 30 saat yang ingin anda tambahkan.
Contoh: Untuk menambah tiga minit, tekan
butang START/+30s (MULA/+30s) enam kali.
Kaedah 2
Hanya putar Pemilih Berbilang Fungsi untuk
melaraskan masa memasak.
Bagi menambah masa memasak, putar ke kanan
dan bagi mengurangkan masa memasak, putar
ke kiri.
4
3
3. Tetapkan masa memasak dengan memutar
Pemilih Berbilang Fungsi.
Hasil: Masa memasak dipaparkan.
4. Tekan butang START/+30s (MULA/+30s).
Hasil: Lampu ketuhar menyala dan pinggan
putar mula berputar. Proses memasak
bermula. Apabila ia selesai.
1) Ketuhar berbunyi bip 4 kali.
2) Isyarat peringatan tamat akan
berbunyi bip 3 kali (sekali setiap
minit).
3) Masa semasa dipaparkan sekali
lagi.
Aras kuasa dan variasi masa
Fungsi aras kuasa membolehkan anda menyesuaikan jumlah tenaga yang dilesapkan dan dengan
itu masa yang diperlukan untuk memasak atau memanaskan makanan anda, menurut jenis dan
kuantitinya.
Anda boleh memilih antara enam aras kuasa.
Aras kuasa Peratusan Output
TINGGI 100 % 900 W
TINGGI SEDERHANA 67 % 600 W
SEDERHANA 50 % 450 W
RENDAH SEDERHANA 33 % 300 W
MENCAIR BEKU 20 % 180 W
RENDAH 11 % 100 W
MC32K7055KT_SP_DE68-04545C-01_MS.indd 14 2019-09-04  5:39:13
Bahasa Melayu 15
Penggunaan ketuhar
Menggunakan ciri Auto Bagas Panas
10 ciri Hot Blast Auto (Auto Bagas Panas) termasuk/menyediakan masa memasak yang
dipraprogram. Anda tidak perlu melaras masa memasak atau aras kuasa. Anda boleh melaraskan saiz
hidangan dengan memutar Pemilih Berbilang Fungsi.
AWAS
Hanya gunakan bekas yang selamat digunakan dengan gelombang mikro.
Buka pintu. Letakkan makanan di tengah-tengah pinggan putar. Tutup pintu ketuhar.
1
1. Tekan butang Hot Blast Auto (Auto Bagas Panas).
3
4
2
2. Pilih jenis makanan yang ingin anda masak
dengan memutar Pemilih Berbilang Fungsi.
Rujuk jadual di laman berikutnya untuk
keterangan pelbagai tetapan yang dipraprogram.
Pada masa itu, tekan butang Pemilih Berbilang
Fungsi untuk memilih jenis makanan.
3. Pilih saiz hidangan dengan memutar Pemilih
Berbilang Fungsi.
4. Tekan butang START/+30s (MULA/+30s).
Hasil: Makanan dimasak menurut tetapan
praprogram yang dipilih. Apabila ia
selesai.
1) Ketuhar berbunyi bip 4 kali.
2) Isyarat peringatan tamat akan
berbunyi bip 3 kali (sekali setiap
minit).
3) Masa semasa dipaparkan sekali
lagi.
Menghentikan proses memasak
Anda boleh memberhentikan proses memasak pada bila-bila masa supaya anda boleh:
Memeriksa makanan
Membalikkan makanan atau mengacaunya
Membiarkan ia
Untuk memberhentikan
proses memasak...
Kemudian...
Buat sementara waktu
Buka pintu atau tekan butang STOP/ECO (BERHENTI/EKO) sekali.
Hasil: Proses memasak berhenti.
Untuk meneruskan proses memasak, tutup pintu ketuhar sekali
lagi dan tekan butang START/+30s (MULA/+30s).
Sepenuhnya
Tekan butang STOP/ECO (BERHENTI/EKO) sekali.
Hasil: Proses memasak berhenti.
Jika anda mahu membatalkan tetapan memasak, tekan butang
STOP/ECO (BERHENTI/EKO) sekali lagi.
Menetapkan mod penjimatan tenaga
Ketuhar ini mempunyai mod penjimatan tenaga.
Tekan butang STOP/ECO (BERHENTI/EKO).
Hasil: Paparan dipadamkan.
Untuk menghentikan mod jimat tenaga, buka
pintu atau tekan butang STOP/ECO (BERHENTI/
EKO) dan kemudian paparan menunjukkan waktu
semasa. Ketuhar sedia untuk digunakan.
NOTA
Fungsi penjimatan tenaga auto
Jika anda tidak memilih mana-mana fungsi ketika alat berada di tengah-tengah tetapan atau
beroperasi dengan keadaan berhenti sementara waktu, fungsi dibatalkan dan jam akan dipaparkan
selepas 25 minit.
Lampu Ketuhar akan dimatikan selepas 5 minit dengan keadaan pintu terbuka.
MC32K7055KT_SP_DE68-04545C-01_MS.indd 15 2019-09-04  5:39:14
16 Bahasa Melayu
Penggunaan ketuhar
Penggunaan ketuhar
Kod Makanan Saiz hidangan Pengesyoran
H3 Lasagna
Buatan Sendiri
500-600 g
1000-1100 g
Bahan-bahan (1000-1100 g)
2 sudu besar minyak zaitun, 300 g daging lembu
kisar, 200 g sos tomato, 100 ml stok daging
lembu, 150 g kepingan lasagna kering (8 keping),
1 bawang besar (dicincang), 1 sudu teh setiap
emping pasli, oregano, selasih, 200 g keju
mozzarella yang disagat
- Sekiranya 500-600 g, gunakan separuh kuantiti.
Kaedah
Sos: Panaskan minyak dalam kuali, kemudian
masak daging kisar dan bawang yang dicincang
selama 10 minit sehingga keperangan. Tuang sos
tomato dan stok daging, tambahkan herba kering.
Didihkan, kemudian reneh selama 30 min.
Masak kepingan lasagna mengikut arahan
pada bungkusan. Lapiskan mi, sos daging dan
keju, kemudian ulang. Kemudian taburkan keju
mozzarella yang tinggal sama rata di atas mi dan
letakkannya di atas rak rendah. Selepas memasak,
biarkan selama 2-3 minit.
Panduan Bagas Panas
Jadual yang berikut menunjukkan 10 Program Hot Blast Auto (Auto Bagas Panas), kuantiti, masa
biar dan cadangan yang sesuai. Program itu beroperasi dengan kombinasi gelombang mikro, gril dan
pemanas perolakan.
Kod Makanan Saiz hidangan Pengesyoran
H1 Piza Leper
Sejuk Beku
400-450 g Keluarkan bungkusan dan letakkan Piza di atas rak
Rendah.
Selepas memasak, biarkan selama 2-3 minit.
H2 Piza Buatan
Sendiri
500-550 g Bahan-bahan
Doh piza (200-250 g)
150 g tepung roti putih kasar, 3 g yis kering,
0.5 sudu besar minyak zaitun, 100 ml air suam,
0.5 sudu besar gula dan garam
Hias atas
100 g Sayur-sayuran yang dipotong, 100 g Puri
tomato, 80-100 g keju Mozzarella yang disagat
Kaedah
Masukkan tepung, yis, minyak, garam dan air
suam ke dalam mangkuk dan adun hingga menjadi
doh yang lembap. Uli doh dengan pengadun atau
dengan tangan kira-kira 5-10 minit. Tutup dengan
penutup dan biarkan ia kembang selama 30 minit.
Canai di atas pinggan Kerak. Selerakkan puri
tomato di atas doh dan tambah sayur-sayuran.
Taburkan keju sama rata di atas.
Letakkannya di atas rak tinggi. Selepas memasak,
biarkan selama 2-3 minit.
MC32K7055KT_SP_DE68-04545C-01_MS.indd 16 2019-09-04  5:39:14
Bahasa Melayu 17
Penggunaan ketuhar
Kod Makanan Saiz hidangan Pengesyoran
H7 Kepingan
Ayam
Panggang
500-600 g
900-1000 g
Timbang kepingan ayam dan sapu dengan minyak
dan rempah.
Susun sama rata di atas rak tinggi. Apabila
kedengaran bunyi bip, terbalikkan ayam dan tekan
mula untuk meneruskan. Selepas memasak, biarkan
selama 2-3 minit.
H8 Ayam
Panggang
1100-1200 g
1200-1300 g
Sapukan ayam dengan minyak dan rempah
sepenuhnya. Letak dengan bahagian Dada ke
bawah dahulu, di tengah rak rendah. Apabila
kedengaran bunyi bip, terbalikkan ayam
menggunakan penyepit dan tekan mula untuk
meneruskan. Selepas memasak, biarkan selama
2-3 minit.
Kod Makanan Saiz hidangan Pengesyoran
H4 Gratin Buatan
Sendiri
500-600 g
900-1000 g
Bahan-bahan (900-1000 g)
640 g kentang, 80 ml susu, 80 ml krim, 40 g telur
yang dipukul, 1 sudu teh garam, lada, buah pala,
120 g keju mozzarella yang disagat, mentega, taim
- Sekiranya 500-600 g, gunakan separuh kuantiti.
Kaedah
Kupas kentang dan hiris menjadi 3 mm tebal.
Sapukan mentega pada seluruh permukaan bekas
gratin. Selerakkan hirisan di atas tuala bersih dan
pastikan ia ditutup dengan tuala sementara anda
menyediakan bahan-bahan yang lain.
Campurkan bahan-bahan yang lain kecuali keju
yang disagat ke dalam mangkuk besar dan kacau
hingga sebati.
Lapiskan hirisan kentang di dalam bekas bertindih
sedikit dan tuangkan campuran di atas kentang.
Selerakkan keju yang disagat di atas dan
letakkannya di atas rak rendah. Selepas memasak,
hidangkan dengan taburan beberapa daun taim
segar. Selepas memasak, biarkan selama 2-3 minit.
H5 Kentang
Goreng Sejuk
Beku
200-250 g
300-350 g
Sebarkan cip ketuhar sejuk beku sama rata di atas
pinggan kerak. Letakkan pinggan di atas rak tinggi.
Selepas memasak, biarkan selama 2-3 minit.
H6 Kepak Ayam
Buffalo Sejuk
Beku
400-450 g
500-550 g
Letakkan Kepak Ayam Buffalo Sejuk Beku
(pramasak dan berempah) di atas pinggan kerak.
Letakkan pinggan di atas rak tinggi. Selepas
memasak, biarkan selama 2-3 minit.
MC32K7055KT_SP_DE68-04545C-01_MS.indd 17 2019-09-04  5:39:14
18 Bahasa Melayu
Penggunaan ketuhar
Penggunaan ketuhar
Kod Makanan Saiz hidangan Pengesyoran
H10 Quiche Mini
Buatan Sendiri
400-500 g Bahan-bahan
Pastri
200 g tepung biasa, 80 g mentega, 1 telur, 30 g
bakon, dipotong dadu, 60 g Krim, 60 g Krim
fraiche, 2 telur, 40 g keju yang disagat, garam dan
lada
Kaedah
Untuk membuat pastri, masukkan tepung,
mentega dan telur ke dalam mangkuk dan adun
hingga menjadi pastri yang lembut dan kemudian
biarkan ia di dalam peti sejuk selama 30 minit.
Canai pastri dan letakkan di dalam loyang logam
bermentega (seperti acuan mun untuk 6 quiche
mini). Campurkan krim, bakon dipotong dadu,
krim fraiche, telur, keju, garam, lada dan tuangkan
campuran ke dalam acuan. Letakkannya di atas rak
rendah. Selepas memasak, biarkan selama 5 minit.
Kod Makanan Saiz hidangan Pengesyoran
H9 Pai Stik Daging
Lembu
500-600 g Bahan-bahan
200 g daging lembu, dipotong dadu,1 sudu
besar minyak zaitun, 1/2 bawang (dihiris), 80 g
cendawan (dihiris), 1 sudu besar pasli dan taim,
dicincang, 1 sudu besar sos Worcestershire, garam
dan lada, 2 sudu besar tepung, 100 ml stok daging
lembu panas, 120 g doh pastri sedia guna, 1 biji
kuning telur, dipukul
Kaedah
Taburkan tepung, garam dan lada di atas daging
lembu. Goreng menggunakan minyak di atas kuali
leper, kacau dengan kerap sehingga keperangan.
Tambah bawang, cendawan, parsli, taim, sos
Worcestershire serta stok daging lembu dan
panggang. Selepas memanggang, kurangkan untuk
mereneh selama sejam.
Tuangkan campuran inti di atas bekas ketuhar
dan tutup dengan kepingan pastri pai dan tekan
bahagian tepi bersama-sama untuk mengedapnya.
Hiaskan dengan hiasan pastri menggunakan
pisau dan garpu. Potong merentas bahagian atas
dan sapukan dengan kuning telur yang dipukul.
Letakkannya di atas rak rendah. Selepas memasak,
biarkan selama 2-3 minit.
MC32K7055KT_SP_DE68-04545C-01_MS.indd 18 2019-09-04  5:39:14
Bahasa Melayu 19
Penggunaan ketuhar
5
5. Tekan butang START/+30s (MULA/+30s).
Hasil: Makanan dimasak menurut tetapan
praprogram yang dipilih. Apabila ia
selesai.
1) Ketuhar berbunyi bip 4 kali.
2) Isyarat peringatan tamat akan
berbunyi bip 3 kali (sekali setiap
minit).
3) Masa semasa dipaparkan sekali
lagi.
Panduan Goreng Tanpa Minyak
Jadual berikut menyenaraikan 11 program auto Slim Fry (Goreng Tanpa Minyak) untuk menggoreng.
Ia mengandungi kuantiti dan arahan yang bersesuaian. Anda akan gunakan sedikit minyak
berbanding dengan menggoreng dengan penggoreng minyak, dan mendapat makanan yang sedap.
Program berjalan dengan kombinasi perolakan, pemanas atas dan tenaga gelombang mikro.
1. Kentang/Sayur-sayuran
Kod Makanan Saiz hidangan Pengesyoran
1-1 Kroket
Kentang sejuk
beku
200-250 g
300-350 g
Sebarkan kroket kentang sejuk beku sama rata di
atas pinggan kerak. Letakkan pinggan di atas rak
rendah. Biarkan selama 1-2 minit.
1-2 Kentang
Goreng Buatan
Sendiri
300-350 g
400-450 g
Gunakan kentang jenis keras hingga sederhana dan
bersihkan.
Kupas kentang dan potong panjang nipis seperti
jejari dengan ketebalan 10 x 10 mm. Rendam di
dalam air sejuk (selama 30 min.).
Keringkan dengan tuala, timbang dan sapukan
dengan 5 g minyak zaitun.
Sebarkan kentang goreng sejuk beku sama rata di
atas pinggan kerak. Letakkan pinggan di atas rak
tinggi. Biarkan selama 1-2 minit.
Menggunakan ciri Goreng Tanpa Minyak
11 ciri Slim Fry (Goreng Tanpa Minyak) termasuk/menyediakan masa memasak yang dipraprogram.
Anda tidak perlu melaras masa memasak atau aras kuasa. Anda boleh melaraskan kategori Slim Fry
(Goreng Tanpa Minyak) dengan memutar Pemilih Berbilang Fungsi.
AWAS
Hanya gunakan bekas yang selamat digunakan dengan gelombang mikro.
Buka pintu. Letakkan makanan di tengah-tengah pinggan putar. Tutup pintu ketuhar.
1
1. Tekan butang Slim Fry (Goreng Tanpa Minyak).
3
2
4
2. Putar Pemilih Berbilang Fungsi untuk memilih
kategori Masakan. Pada masa itu, tekan Pemilih
Berbilang Fungsi untuk memilih kategori
masakan.
1. Kentang/Sayur-sayuran
2. Makanan laut
3. Ayam
3. Pilih jenis makanan yang ingin anda masak
dengan memutar Pemilih Berbilang Fungsi. Rujuk
jadual di laman berikutnya untuk keterangan
pelbagai tetapan yang dipraprogram. Pada masa
itu, tekan butang Pemilih Berbilang Fungsi untuk
memilih jenis makanan.
4. Pilih saiz hidangan dengan memutar Pemilih
Berbilang Fungsi.
MC32K7055KT_SP_DE68-04545C-01_MS.indd 19 2019-09-04  5:39:15
20 Bahasa Melayu
Penggunaan ketuhar
Penggunaan ketuhar
2. Makanan laut
Kod Makanan Saiz hidangan Pengesyoran
2-1 Udang sejuk
beku
200-250 g
300-350 g
Sebarkan udang bersalut sejuk beku sama rata di
atas pinggan kerak. Letakkan pinggan di atas rak
rendah. Biarkan selama 1-2 minit.
2-2 Kutlet Ikan
Sejuk Beku
200-250 g
300-350 g
Sebarkan kutlet ikan bersalut sejuk beku sama rata
di atas pinggan kerak. Letakkan pinggan di atas
rak rendah. Biarkan selama 1-2 minit.
2-3 Sotong Goreng
Sejuk Beku
100-150 g
200-250 g
Sebarkan gegelang sotong bersalut sejuk beku
sama rata di atas pinggan kerak. Letakkan pinggan
di atas rak rendah. Biarkan selama 1-2 minit.
3. Ayam
Kod Makanan Saiz hidangan Pengesyoran
3-1 Nuget Ayam
sejuk beku
200-250 g
300-350 g
Sebarkan nuget ayam sejuk beku sama rata di atas
pinggan kerak. Letakkan pinggan di atas rak tinggi.
Biarkan selama 1-2 minit.
3-2 Paha Ayam 200-250 g
300-350 g
400-450 g
Timbang paha ayam dan sapukan dengan minyak
dan rempah. Susun sama rata di atas rak tinggi.
Terbalikkan selepas bunyi bip, ketuhar akan
menghentikan proses. Tekan mula untuk
meneruskan. Biarkan selama 1-3 minit.
3-3 Sayap Ayam 200-250 g
300-350 g
Timbang sayap ayam dan sapukan dengan
minyak dan rempah. Susun sama rata di atas rak
tinggi. Terbalikkan selepas bunyi bip, ketuhar
akan menghentikan proses. Tekan mula untuk
meneruskan. Biarkan selama 1-2 minit.
Kod Makanan Saiz hidangan Pengesyoran
1-3 Baji Kentang 200-250 g
300-350 g
400-450 g
Bersihkan kentang bersaiz biasa dan potong baji.
Sapukan dengan minyak zaitun dan rempah.
Letakkan baji kentang dengan bahagian yang
dipotong di atas pinggan kerak. Letakkan pinggan
di atas rak tinggi. Biarkan selama 1-3 minit.
1-4 Gegelang
Bawang Sejuk
Beku
100-150 g
200-250 g
Letakkan gegelang bawang bersalut sejuk beku
atau gegelang sotong bersalut sejuk beku sama
rata atas pinggan kerak. Letakkan pinggan di atas
rak rendah.
Biarkan selama 1-2 minit.
1-5 Courgette hiris 100-150 g
200-250 g
Bilas dan hiris courgette. Sapukan dengan 5 g
minyak zaitun dan tambah rempah. Letakkan
kepingan sama rata atas pinggan kerak dan
letakkan pinggan di atas rak tinggi. Terbalikkan
selepas bunyi bip. Tekan mula untuk meneruskan.
(Ketuhar akan terus beroperasi jika anda tidak
balikkan).
Biarkan selama 1-2 minit.
MC32K7055KT_SP_DE68-04545C-01_MS.indd 20 2019-09-04  5:39:15
  • Page 1 1
  • Page 2 2
  • Page 3 3
  • Page 4 4
  • Page 5 5
  • Page 6 6
  • Page 7 7
  • Page 8 8
  • Page 9 9
  • Page 10 10
  • Page 11 11
  • Page 12 12
  • Page 13 13
  • Page 14 14
  • Page 15 15
  • Page 16 16
  • Page 17 17
  • Page 18 18
  • Page 19 19
  • Page 20 20
  • Page 21 21
  • Page 22 22
  • Page 23 23
  • Page 24 24
  • Page 25 25
  • Page 26 26
  • Page 27 27
  • Page 28 28
  • Page 29 29
  • Page 30 30
  • Page 31 31
  • Page 32 32
  • Page 33 33
  • Page 34 34
  • Page 35 35
  • Page 36 36
  • Page 37 37
  • Page 38 38
  • Page 39 39
  • Page 40 40
  • Page 41 41
  • Page 42 42
  • Page 43 43
  • Page 44 44
  • Page 45 45
  • Page 46 46
  • Page 47 47
  • Page 48 48
  • Page 49 49
  • Page 50 50
  • Page 51 51
  • Page 52 52
  • Page 53 53
  • Page 54 54
  • Page 55 55
  • Page 56 56
  • Page 57 57
  • Page 58 58
  • Page 59 59
  • Page 60 60
  • Page 61 61
  • Page 62 62
  • Page 63 63
  • Page 64 64
  • Page 65 65
  • Page 66 66
  • Page 67 67
  • Page 68 68
  • Page 69 69
  • Page 70 70
  • Page 71 71
  • Page 72 72
  • Page 73 73
  • Page 74 74
  • Page 75 75
  • Page 76 76
  • Page 77 77
  • Page 78 78
  • Page 79 79
  • Page 80 80
  • Page 81 81
  • Page 82 82
  • Page 83 83
  • Page 84 84
  • Page 85 85
  • Page 86 86
  • Page 87 87
  • Page 88 88
  • Page 89 89
  • Page 90 90
  • Page 91 91
  • Page 92 92
  • Page 93 93
  • Page 94 94
  • Page 95 95
  • Page 96 96
  • Page 97 97
  • Page 98 98
  • Page 99 99
  • Page 100 100
  • Page 101 101
  • Page 102 102
  • Page 103 103
  • Page 104 104
  • Page 105 105
  • Page 106 106
  • Page 107 107
  • Page 108 108
  • Page 109 109
  • Page 110 110
  • Page 111 111
  • Page 112 112
  • Page 113 113
  • Page 114 114
  • Page 115 115
  • Page 116 116
  • Page 117 117
  • Page 118 118
  • Page 119 119
  • Page 120 120
  • Page 121 121
  • Page 122 122
  • Page 123 123
  • Page 124 124
  • Page 125 125
  • Page 126 126
  • Page 127 127
  • Page 128 128
  • Page 129 129
  • Page 130 130
  • Page 131 131
  • Page 132 132
  • Page 133 133
  • Page 134 134
  • Page 135 135
  • Page 136 136
  • Page 137 137
  • Page 138 138
  • Page 139 139
  • Page 140 140
  • Page 141 141
  • Page 142 142
  • Page 143 143
  • Page 144 144
  • Page 145 145
  • Page 146 146
  • Page 147 147
  • Page 148 148
  • Page 149 149
  • Page 150 150
  • Page 151 151
  • Page 152 152
  • Page 153 153
  • Page 154 154
  • Page 155 155
  • Page 156 156

Samsung MC32K7055KT/SP ユーザーマニュアル

カテゴリー
電子レンジ
タイプ
ユーザーマニュアル

他の言語で