16 Bahasa Melayu
Penggunaan ketuhar
Penggunaan ketuhar
Kod/Makanan Saiz Hidangan Bahan-bahan
2
Ikan Tenggiri
Bungkus Daun
Pisang
1-2 hidangan 2-3 keping Ikan Tenggiri, Garam dan serbuk Kunyit secukup
rasa, Daun Pisang, 2 sudu besar Minyak
Arahan
Sapukan semua bahan dan bungkus dalam daun pisang.
Masukkan ia ke dalam ketuhar gelombang mikro. Pilih
menu ini dalam masak auto dan tekan butang START/+30s
(MULA/+30s). Apabila berbunyi bip, keluarkan dan
terbalikkan makanan tersebut. Walaupun anda tidak
mengeluarkannya untuk menterbalikkannya, ketuhar ini
terus beroperasi. Jika anda mengeluarkannya, tekan butang
START/+30s (MULA/+30s) selepas menterbalikkan. Selepas
masak, hidangkan panas.
3
Kari Ayam
6-8 hidangan 70 g Minyak, 600 g Bahagian Ayam, 100 g Bawang Bombay
(2 biji) - dihiris, 20 g Bawang Putih (6 ulas), 25 g Halia
Dikupas (2 inci), 5 tangkai Bunga Cengkih, 1 batang Kulit
Kayu Manis, 3 biji Bunga Lawang, 5 sudu besar Serbuk Kari
Daging, 1 sudu besar Serbuk Jintan Putih, 1 sudu besar
Serbuk Kas Kas, 3 biji Kentang – dipotong dadu besar, Garam
dan gula secukup rasa, Air yang mencukupi
Arahan
Masukkan minyak, bawang, bawang putih, halia dan bunga cengkih, batang
kulit kayu manis dan bunga lawang ke dalam kaserol. Masukkan ia ke dalam
ketuhar gelombang mikro. Pilih menu ini dalam masak auto dan tekan butang
START/+30s (MULA/+30s). Apabila berbunyi bip kali pertama, keluarkannya
daripada ketuhar dan kacau rata. Tambah semua serbuk rempah dan kacau rata.
Masukkan ia ke dalam ketuhar gelombang mikro dan tekan butang START/+30s
(MULA/+30s) sekali lagi. Apabila berbunyi bip kali kedua, keluarkannya daripada
ketuhar dan tambah semua bahan dan kacau rata. Selepas masak, kacau rata dan
hidangkan.
Jadual yang berikut menunjukkan kuantiti dan cadangan yang sesuai tentang 16 pilihan
memasak yang telah dipraprogramkan.
Kod/Makanan Saiz Hidangan Bahan-bahan
1
Rendang Ayam/
Daging
4-5 hidangan Pes Cili Buatan Sendiri
30 g Cili Kering yang Dipotong 1 inci, 300 g Air
Rendang
400 g bahagian Ayam yang dipotong (12 keping) atau 400
g hirisan belah atas Daging, 100 g Bawang Bombay (2 biji)
- dipotong dadu besar, 30 g Bawang Putih (7 ulas) - dikupas,
76 g Serai (3 batang) - dihiris, 30 g Lengkuas (2 inci) - dihiris,
30 g Kunyit Segar - dihiris (1 sudu besar) , 27 g Halia Segar
- dihiris (2 inci), Adunan Cili Yang Telah Disediakan, 1 cawan
Santan Kelapa, 2 sudu besar Serbuk Kari Daging, 1 sudu
besar Biji Ketumbar Goreng (kasar), 2 sudu besar Kerisik (pes
kelapa goreng), Garam dan gula secukup rasa, 1 cawan Air,
Daun Limau Purut, 50 g Minyak
Arahan
Untuk Pes Cili Buatan Sendiri
Campurkan bahan-bahan dalam mangkuk seramik. Masukkan ia ke dalam
ketuhar gelombang mikro. Kendalikan pada 900W selama 3 minit. Selepas
masak, Buang air cili, bilas dan buangkan bijinya. Adunkan cili yang lembut
dengan 100g air dan 1 sudu teh minyak untuk menghasilkan pes cili yang
lembut.
Kaedah untuk Biji Ketumbar Goreng
Letakkan biji Ketumbar di atas pinggan. Kendalikan pada 600W selama 1 minit.
Kaedah untuk Rendang Lengkap
Adunkan bahan-bahan ke dalam pes pekat yang lembut dengan pes cili yang
telah disediakan dan air yang mencukupi untuk pengadunan yang lancar.
Campurkan semua bahan ke dalam kaserol hingga sebati. Masukkan ia ke dalam
ketuhar gelombang mikro. Pilih menu ini dalam masak auto dan tekan butang
START/+30s (MULA/+30s). Apabila berbunyi bip, keluarkan dan kacau. Walaupun
anda tidak mengeluarkannya untuk mengacau, ketuhar ini terus beroperasi.
Jika anda mengeluarkannya, tekan butang START/+30s (MULA/+30s) selepas
mengacau. Selepas masak, hidangkan panas.
MG28J5255GS_SM_DE68-04489A-00_MS+ZH+EN.indb 16 2017-04-06 5:02:35