3 Pastikan tombol pemasa ditetapkan pada 0 sebelum anda memasukkan plag ke dalam soket
dinding (Gamb. 3).
4 Tarik pemegang pintu untuk membuka pintu (Gamb. 4).
5 Letakkan rak dawai di dalam pemanggang ketuhar.
6 Letak makanan yang hendak dimasak di atas dulang pembakar, langsung di atas rak dawai atau
di atas rak dawai dalam alat memasak yang sesuai (Gamb. 5).
Nota: Sentiasa gunakan dulang pembakar atau alat memasak yang sesuai apabila anda memasak
makanan yang banyak airnya.
7 Tetapkan pemilih suhu kepada suhu memasak yang diperlukan. (Gamb. 6)
Untuk maklumat mengenai suhu memasak, lihat panduan memasak di hujung manual pengguna ini.
8 Tetapkan tombol pemasa pada masa memasak yang dikehendaki. (Gamb. 7)
Untuk maklumat mengenai masa memasak, lihat panduan memasak di hujung manual pengguna ini.
Masa memasak maksimum yang boleh ditetapkan ialah 30 minit untuk jenis HD4494 dan 45 minit
untuk jenis HD4496.
, Lampu kuasa hidup menyala (Gamb. 8).
Nota: Untuk menetapkan masa memasak kurang daripada 5 minit, putarkan tombol pemasa melepasi
penunjuk 5 minit (1) dan kemudian putarkan balik kepada masa yang diperlukan (2). (Gamb. 9)
, Apabila masa memasak yang ditetapkan telah berlalu, anda akan mendengar bunyi loceng dan
perkakas akan dimatikan secara automatik (Gamb. 10).
9 Jika anda hendak mengeluarkan makanan daripada ketuhar pemanggangatau jika anda hendak
berhenti memasak sebelum akhir masa memasak yang ditetapkan, putarkan tombol pemasa
ke 0 untuk mematikan perkakas (Gamb. 3).
Jika masih terdapat makanan di dalam ketuhar pemanggangyang perlu dimasak, putarkan tombol
pemasa untuk menetapkan masa memasak yang dikehendaki semula.
Berhati-hati: rak dawai dan/atau dulang pembakar dan makanan yang dimasak panas! Gunakan
sarung tangan ketuhar atau kain kering yang tebal untuk mengeluarkan makanan yang panas atau
dulang pembakar daripada pemanggang ketuhar.
Lihat bahagian ‘Cara untuk menggunakan ketuhar pembakar roti’.
Nota: Tidak perlu untuk memanaskan dahulu ketuhar pembakar roti.
1 Letak kepingan roti sebelah menyebelah di atas rak dawai. Untuk membakar sekeping roti,
letakkannya di tengah rak dawai (Gamb. 11).
Ketuhar pemanggang boleh membakar sehingga 4 keping roti pada satu-satu masa. Gunakan rak
dawai untuk membakar roti.
2 Tetapkan pemilih suhu kepada suhu yang diperlukan. (Gamb. 6)
Untuk maklumat mengenai suhu memasak, lihat panduan memasak di hujung manual pengguna ini.
Jika anda hendak memanaskan pastri, pilih suhu yang rendah.
3 Tetapkan tombol pemasa pada masa memasak yang dikehendaki (Gamb. 7).
Untuk maklumat mengenai masa memasak, lihat panduan memasak di hujung manual pengguna ini.
Nota: Semasa memanggang, sedikit penyejatan mungkin terbentuk di atas kaca tingkap pada pintu. Ini
adalah perkara biasa dan disebabkan oleh lembapan di dalam makanan. Ia tidak menjejaskan proses
memanggang.
20
4222.200.0298.2.indd 20 15-12-09 13:08