11
Bahasa Malaysia
Pencucian
• Sebelum alat masak digunakan buat pertama
kali, basuh, bilas dan keringkan secara berhati-
hati.
• Alat masak ini selamat digunakan di dalam
pencuci pinggan mangkuk. Untuk mengelakkan
sebarang kesan yang ditinggalkan oleh sisa
kapur di dalam air, kesat selalu sehingga
kering selepas dicuci. Tompokan dan kesan
boleh ditanggalkan dengan sedikit cuka yang
dilarutkan di dalam air suam.
• Untuk mengelakkan kesan garam, jangan
masukkan garam sehingga air mendidih.
• Jangan gunakan wul keluli atau apa-apa yang
boleh mencalarkan permukaan.
• Dasar menjadi sedikit melengkung apabila
sejuk, tetapi mengembang menjadi rata apabila
memanas. Sentiasa tinggalkan alat masak
menyejuk sebelum ia dicuci. Ini membolehkan
dasar kembali kepada bentuk asalnya dan
mengelakkannya daripada menjadi tidak rata
akibat penggunaan.
Cara untuk mengguna
• Alat masak ini sesuai digunakan pada semua
jenis hob, termasuk hob aruhan.
• Dengan meletakkan alat masak di atas hob
masak dengan diameter yang sama atau
lebih kecil daripada periuk/kuali, anda dapat
menjmatkan tenaga.
• Ingatlah bahawa alat masak menjadi panas
semasa penggunaan. Sentiasa kendalikannya
dengan pemegang periuk.
• Sentiasa angkat alat masak semasa
mengalihkannya ke atas hob seramik kaca bagi
mengelakkan risiko hob tercalar.
• Jangan sekali-kali membiarkan alat masak
mendidih hingga kering, kerana dasar akan
menjadi sengit apabila terlebih panas.
• Jika terdapat sebarang masalah tentang