17
ms
Pengendalian
Pengadun
Sisipan bilah dengan bilah pengadun/
pemotong untuk mencampur makanan
cecair atau separa pepejal, untuk
memotong/mencincang buah-buahan dan
sayur-sayuran mentah, untuk memurikan
makanan.
W Risiko kecederaan daripada bilah
tajam/pemacu berputar!
Jangan sekali-kali meletakkan jari dalam
pengadun yang terpasang! Jangan
menanggalkan/memasang pengadun
sehingga pemacu telah berhenti
sepenuhnya. Jangan menyentuh mata
sisipan bilah dengan tangan terdedah.
Bersihkannya dengan berus.
W Risiko melecur!
Apabila memproses cecair panas, stim
keluar melalui corong pada tudung.
Masukkan 0,4 liter maksimum cecair panas
atau menggelegak.
Amaran!
Pengadun boleh rosak. Jangan memproses
bahan sejuk beku lampau (kecuali kiub ais).
Jangan mengendalikan pengadun yang
kosong.
Rajah D
■ Letakkan pengedap pada sisipan bilah.
Pastikan pengedap berada pada
kedudukan yang betul.
Maklumat penting
Jika pengedap rosak atau tidak diletakkan
dengan betul, cecair boleh mengalir keluar.
■ Masukkan sisipan bilah dengan bilah
pengadun/pemotong p ke dalam
jag pengandun dan kunci mengikut
arah lawan jam (m). Pusing sekurang-
kurangnya sayap selari dengan tanda
pada bekas pengadun.
■ Terbalikkan jag pengadun (sisipan bilah
menghadap ke bawah).
■ Pasang jag pengadun (padankan anak
panah pada jag dengan anak panah pada
perkakas .) dan putar setakat mana yang
boleh mengikut arah pusingan jam(,).
■ Tambah bahan.
Kapasiti maksimum, cecair = 1.0 liter
(cecair menggelegak atau panas
maks. 0.4 liter).
Kapasiti pemprosesan optimum –
pepejal = 80 g.
■ Pasang tudung dan tekan dengan kuat.
Pegang tudung semasa bekerja.
■ Masukkan palam sesalur.
■ Setkan suis putar pada pengesetan yang
dikehendaki.
■ Untuk menambah lebih banyak bahan,
setkan suis putar kepada f.
■ Buka tudung dan tambah bahan.
atau
■ tanggalkan corong dan secara beransur-
ansur tambah bahan pepejal melalui
bukaan isi semula
atau
■ tuangkan bahan cecair melalui corong.
Selepas menggunakan perkakas
■ Setkan suis putar kepada f.
■ Cabut palam sesalur.
■ Putar pengadun dalam arah lawan jam
dan tanggalkannya.
■ Tanggalkan tudung.
■ Longgarkan sisipan bilah mengikut arah
pusingan jam (l) dan tanggalkannya dari
jag pengadun.
■ Bersihkan semua bahagian, lihat
“Pembersihan dan servis”.
Pemotong universal
Penggunaan (bergantung pada model):
– Dengan sisipan bilah dengan bilah
pengadun/pemotong p untuk
memotong dan mencincang daging, keju
keras, bawang, herba, bawang putih,
buah-buahan, sayur-sayuran.
– Dengan sisipan bilah dengan bilah
pengisar q untuk mengisar dan
memotong kuantiti rempah ratus yang
agak keci (misalnya lada, jintan putih,
juniper, kayu manis, jintan manis kering,
safron), bijirin (seperti gandum, sekoi,
linseeds), kopi dan gula.
W Risiko kecederaan daripada bilah
tajam/pemacu berputar!
Jangan menanggalkan/memasang
pemotong universal sehingga pemacu
telah berhenti. Jangan menyentuh mata
sisipan bilah dengan tangan terdedah.
Bersihkannya dengan berus.