21
MY
• Semak voltan sumber kuasa adalah bersesuaian dengan yang tertera
pada alat perkakas (aliran bertukar).
• Disebabkan terdapat pelbagai tahap standard, jika alat perkakas
digunakan di negara selain dari di mana ia dibeli, semak dengan pusat
perkhidmatan yang diperakui.
SAMBUNG KEPADA SUMBER KUASA
• Jangan gunakan alat perkakas jika:
– alat perkakas atau kabel rosak.
– jika alat perkakas telah jatuh atau menunjukkan kerosakan atau tidak
berfungsi dengan baik.
– Sekiranya perkara di atas berlaku, perkakas mesti dihantar kepada
pusat perkhidmatan yang diiktiraf. Jangan leraikan perkakas sendiri.
• Jangan biar kabel tergantung.
• Selalu pasang alat perkakas ke dalam soket bumi.
• Jangan gunakan wayar penyambung. Jika anda menerima
tanggungjawab dengan berbuat demikian, hanya gunakan wayar
penyambung yang dalam keadaan berfungsi, mempunyai plag bumi
dan sesuai dengan kuasa alat perkakas.
• Jangan cabut alat perkakas dengan menarik kord.
PENGGUNAAN
• Guna permukaan yang rata, penebat haba yang jauh dari percikan air.
• Jangan biarkan tapak perkakas bersentuhan dengan air.
• Jangan cuba menggunakan alat perkakas apabila periuk kosong atau
tanpa periuk.
• Fungsi/tombol memasak harus dibenarkan untuk beroperasi dengan
bebas. Jangan mencegah atau menghalang fungsi daripada bertukar
secara automatik kepada fungsi kekal panas.
• Jangan keluarkan periuk ketika alat perkakas sedang berfungsi.
• Jangan letak alat perkakas terus kepada permukaan panas atau lain-
lain sumber haba atau api, ia boleh menyebabkan kegagalan atau
bahaya.
• Periuk dan plat pemanasan sepatutnya bersentuhan secara langsung.
Pastikan tiada makanan atau cecair terselit antara periuk dan plat
pemanas.