4 Robert Bosch Hausgeräte GmbH
Rajah
Letakkan pemotong universal pada per-
mukaan kerja yang rata dan bersih
kemudian tekan.
Masukkan bilah.
Tambah makanan.
Amaran!
Bilah mesti berkedudukan tegak dalam
pemotong universal supaya alat tambah
terletak dengan betul (Raj.=
-3).
Letakkan alat tambah pada pemotong
universal dan putar mengikut arah pusin-
gan jam sehingga ia “klik” pada kedudu-
kannya.
Letakkan unit asas pada alat tambah dan
kunci pada kedudukannya.
Masukkan palam sesalur.
Pegang unit tapak dan pemotong uni-
versal dengan kuat dan hidupkan
perkakas (kelajuan turbo).
Lepaskan butang Hidup selepas
pemprosesan.
Selepas menggunakan perkakas
Cabut palam sesalur.
Tekan butang pelepas dan tanggalkan
unit tapak dari alat tambah.
Putar alat tambah dalam arah lawan
jam dan tanggalkannya dari pemotong
universal.
Pegang bilah pada pemegang plastik
dan keluarkannya.
Letakkan tudung pada pemotong uni-
versal supaya bahan yang diproses
tertutup.
Pembersihan
Amaran!
Jangan merendamkan alat tambah pemo-
tong universal dalam cecair dan jangan
membasuhnya di bawah air yang mengalir
atau dalam pembasuh pinggan mangkuk.
Pemotong universal dan bilah adalah
kalis pembasuh pinggan mangkuk.
Lap alat tambah dengan kain lembap
sahaja.
Pemukul
Sila lipat keluar halaman ilustrasi.
Rajah
6 Alat tambah gear
7 Pemukul
Pemukul boleh ditempah dari khidmat
pelanggan (no. pesanan 657379).
Pengendalian
Pemukul sesuai untuk membuat krim putar,
memukul putih telur dan buih susu (daripada
susu panas (maksimum 70 °C) dan susu
sejuk (maksimum 8 °C)) dan juga untuk
menyediakan sos dan pencuci mulut.
Risiko melecur!
Semasa memproses susu panas, gunakan
bekas yang tinggi dan sempit untuk menga-
dun. Susu panas boleh terpercik dan mele-
curkan anda.
Rajah
Masukkan bahan ke dalam jag
pengadun.
Letakkan alat tambah gear pada unit
asas dan kunci pada kedudukannya.
Masukkan pemukul ke dalam alat tambah
gear dan kunci pada kedudukannya.
Amaran!
Jangan memasukkan pemukul ke dalam unit
asas tanpa alat tambah gear (Raj.=
-3).
Setkan kelajuan yang dikehendaki
menggunakan kawalan kelajuan
(cadangan: kelajuan tinggi).
Genggam unit tapak dan jag pengadun
dan tekan butang Hidup yang
dikehendaki.
Lepaskan butang Hidup selepas
pemprosesan.
Selepas menggunakan perkakas
Cabut palam sesalur.
Tekan butang pelepas dan tanggalkan
unit tapak dari alat tambah gear.
Tanggalkan pemukul dari alat tambah
gear.
Pembersihan
Amaran!
Jangan merendamkan alat tambah gear
dalam cecair dan jangan membasuhnya
di bawah air yang mengalir atau dalam
pembasuh pinggan mangkuk.
Pemukul boleh dibersihkan dalam
pembasuh pinggan mangkuk.
Lap alat tambah gear dengan kain
lembap sahaja.