Penting
Baca buku panduan pengguna ini dengan teliti sebelum
anda menggunakan perkakas dan simpannya untuk
rujukan masa depan.
Pastikan perkakas sentiasa kering (Gamb. 1).
Perkakas ini bukan dimaksudkan untuk digunakan
oleh orang (termasuk kanak-kanak) yang kurang
upaya dari segi zikal, deria atau mental, atau kurang
berpengalaman dan pengetahuan, kecuali mereka
diawasi atau diberi arahan berkenaan penggunaan
perkakas ini oleh orang yang bertanggungjawab atas
keselamatan mereka.
Kanak-kanak kecil harus diawasi untuk memastikan
mereka tidak bermain dengan perkakas itu.
Guna dan simpan perkakas pada suhu antara 5°C
dan 35°C.
Perkakas Philips ini mematuhi semua piawai yang
berhubung dengan medan elektromagnet (EMF). Jika
dikendalikan dengan betul dan mematuhi arahan dalam
manual pengguna ini, perkakas selamat untuk digunakan
menurut bukti saintik yang boleh didapati pada masa ini.
Perkakas menggunakan dua bateri jenis R6 AA 1.5 volt.
Sebaik-baiknya gunakan bateri beralkali Philips.
Pastikan tangan anda kering semasa memasukkan bateri.
1 Keluarkan penutup petak bateri (Gamb. 2).
2 Letak dua bateri di dalam petak bateri (Gamb. 3).
Pastikan penunjuk + dan - pada bateri sepadan dengan
penunjuk di dalam petak bateri.
Pencukur tidak berfungsi jika bateri tidak dipasang dengan
betul.
3 Pasang kembali penutup petak bateri pada
perkakas. Letak bahagian atas penutup (1) dahulu
dan kemudian bahagian bawahnya sehingga anda
mendengar bunyi klik (2) (Gamb. 4).
Untuk mengelak kerosakan yang berpunca daripada
kebocoran bateri:
jangan dedahkan perkakas pada suhu yang melebihi
35 cC;
keluarkan bateri jika perkakas tidak akan digunakan
selama sebulan atau lebih;
jangan biarkan bateri kosong di dalam perkakas.
Dua buah bateri yang baru memberikan masa cukuran
selama 60 minit.
1 Hidupkan pencukur dengan menekan kunci suis dan
menolak gelangsar hidup/mati ke atas (Gamb. 5).
Kunci suis mengelakkan perkakas dari dihidupkan dengan
tidak sengaja.
2 Gerakkan kepala pencukur denagn gerakan lurus
dan membulat di atas permukaan kulit dengan
pantas (Gamb. 6).
Hasil pencukuran yang terbaik akan terhasil jika muka
anda kering.
Kulit anda mungkin memerlukan 2 atau
3 minggu untuk membiasakan diri dengan sistem Philips.
3 Matikan pencukur dengan menolak gelangsar hidup/
mati ke atas.
4 Pasang semula penutup pelindung pada pencukur
setelah setiap penggunaan untuk mengelakkan
kerosakan (Gamb. 7).
Membersih alat pencukur dengan kerapkali untuk
menjamin prestasi pencukuran terbaik.
Pembersih Tindakan Bersih Philips (bahan
pembersih kepala pencukur, jenis HQ100) boleh
didapati untuk pembersihan yang mudah dan
optimum. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila
hubungi penjual Philips (Gamb. 8).
Nota: Pembersih Tindakan Bersih Philips mungkin tidak
terdapat di semua negara. Hubungi Pusat Khidmat
Pelanggan di negeri anda untuk mengetahui tentang
ketersediaan aksesori ini.
-
-
-
-
,
-
-
-
,
Anda juga boleh membersihkan pencukur dengan cara
yang berikut:
1 Matikan pencukur.
2 Bersihkan bahagian atas perkakas dahulu dengan
berus yang dibekalkan (Gamb. 9).
3 Tekan butang pelepas (1) dan tanggalkan unit
pencukur (2) (Gamb. 10).
4 Bersihkan bahagian dalam unit cukur dan ruang
rambut dengan berus (Gamb. 11).
5 Kembalikan unit pencukur kepada pencukur.
1 Matikan pencukur.
2 Tekan butang pelepas (1) dan tanggalkan unit
pencukur (2) (Gamb. 10).
3 Tanggalkan rangka penahan dengan menolak
bahagian tepi spring tengah ke arah masing-masing
(1) dan angkat rangka penahan dari unit pencukur
(2) (Gamb. 12).
4 Luncur keluarkan kepala pencukur dari rangka
penahan dan bersihkannya satu per satu (Gamb. 13).
Jangan campur adukkan pemotong dan adang yang
berlainan set.
Ini penting kerana tiap pemotong diasah dengan adang
sepadan untuk mendapatkan pencapaian optimum.
Prestasi pencukuran optimum mungkin mengambil
masa beberapa minggu untuk dipulihkan sekiranya anda
mencampur-adukkan pemotong dan adang tersebut
dengan tidak sengaja.
5 Bersihkan pemotong dengan tepi berus yang
berbulu pendek (Gamb. 14).
Berus ke arah anak panah dengan berhati-hati.
6 Berus adangan (Gamb. 15).
7 Gelongsorkan kepala pencukur balik ke dalam
rangka penahan dan pasangkan semula rangka
penahan itu ke unit pencukur (Gamb. 16).
8 Kembalikan unit pencukur kepada pencukur.
Untuk pembersihan tambahan yang menyeluruh,
bersihkan kepala pencukur dengan meletakkannya
ke dalam cecair nyahgris (contohnya alkohol) setiap
enam bulan. Untuk menanggalkan kepala pencukur,
ikuti langkah 1 hingga 4 seperti yang dihuraikan di
atas. Setelah dibersihkan, lenserkan bahagian tengah
di dalam adangan dengan setitik minyak mesin
jahit untuk mengelak kepala pencukur menjadi
haus (Gamb. 17).
Pasangkan kembali penutup perlindungan pada alat
pencukur untuk mengelakkan kerosakan (Gamb. 7).
Penggantian
Gantikan kepala pencukur setiap dua tahun sekali untuk
mendapatkan hasil pencukuran yang optimum.
Gantikan kepala pencukur yang rosak atau haus dengan
Philips ÇHQ4 kepala pencukur sahaja.
1 Matikan pencukur.
2 Tekan butang pelepas (1) dan tanggalkan unit
pencukur (2) Gamb. 10).
3 Tanggalkan rangka penahan dengan menolak
bahagian tepi spring tengah ke arah masing-masing
(1) dan angkat rangka penahan dari unit pencukur
(2) (Gamb. 12).
4 Luncur keluarkan kepala pencukur dari rangka
penahan (Gamb. 13).
5 Luncurkan kepala pencukur baru ke dalam rangka
penahan (Gamb. 16).
6 Kembalikan unit pencukur kepada
pencukur (Gamb. 18).
7 Kembalikan unit pencukur kepada pencukur.
Aksesori berikut boleh didapati:
Kepala pencukur Philips Ç HQ4.
,
,
-
Pembersih Kepala Pencukur Philips HQ100 (tidak
terdapat di China).
Cecair Pembersihan Kepala Pencukur Philips HQ101
(tidak terdapat di China).
Sembur Pembersihan Kepala Pencukur Philips
HQ110 (tidak terdapat di China).
Bateri mengandungi bahan yang mungkin mencemar
alam sekitar. Tanggalkan bateri apabila ia kosong
atau apabila anda membuang perkakas. Jangan
buang bateri dengan sampah rumah biasa, tetapi
serahkannya ke pusat pungutan rasmi.
Jangan buang perkakas bersama sampah rumah pada
akhir hayatnya, tetapi bawanya ke pusat pungutan
rasmi untuk dikitar semula. Dengan melakukan
sedemikian anda akan membantu memelihara alam
sekitar (Gamb. 19).
Jika anda memerlukan maklumat atau menghadapi
masalah, sila kunjungi laman web Philips di www.philips.
com atau hubungi Pusat Layanan Pelanggan Philips
di negara anda (anda boleh mendapatkan nombor
telefonnya di dalam risalah jaminan sedunia). Jika tiada
Pusat Layanan Pelanggan di negara anda, hubungi wakil
pengedar Philips tempatan atau Jabatan Servis Syarikat
Perkakas Domestik dan Penjagaan Diri Philips.
Kepala pencukur (pemotong dan adangan) tidak ada
jaminan antarabangsa kerana ada untuk dipakai.
1 Prestasi pencukuran berkurang
Punca 1: kepala pencukur kotor. Alat pencukur tidak
dibersihkan dengan cukup rapi atau telah lama tidak
dibersihkan.
Bersihkan pencukur sebersih-bersihnya sebelum
anda terus mencukur. Lihat bab ‘Pembersihan dan
penyenggaraan’.
Punca 2: rambut panjang menyumbati kepala
pencukur.
Bersihkan pemotong dan adangan dengan berus
yang dibekalkan. Lihat bab ‘Pembersihan dan
penyenggaraan’, bahagian ‘Setiap dua bulan: kepala
pencukur’.
Punca 3: kepala pencukur rosak atau haus.
Gantikan kepala pencukur. Lihat bab ‘Penggantian’.
2 Pencukur tidak berfungsi apabila gelongsor hidup/
mati ditolak ke atas.
Punca: bateri kosong.
Gantikan bateri. Lihat bab “Memasang bateri’.
-
-
-
-
-
,
-
,
-
,
-
,
-