18
Bahasa Melayu
ARAHAN KESELAMATAN
PERLINDUNGAN PENTING:
• Peralatan ini bukan untuk dikendalikan oleh
menggunakan penentu masa luaran atau sistem
kawalan jauh berasingan.
• Untuk keselamatan anda, peralatan ini
mematuhi standard-standard dan peraturan-
peraturan berkaitan (Arahan mengenai voltan
rendah, keserasian elektromagnetik, bahan-
bahan yang bersentuhan dengan barang
makanan, persekitaran, dsb.)
• Mengikut notis CSC bertarikh 12/2/04, produk
ini menampilkan rekaan mekanikal yang
membolehkan mekanisma pelentingan roti
dipisahkan daripada unsure pemotongan
kuasa elektrik.
• Pastikan voltan bekalan elektrik sepadan dengan
voltan yang ditunjukkan pada peralatan (arus ac
sahaja).
• Memandangkan banyak standard yang
berkuatkuasa, jika pembakar roti ini digunakan
di negara lain dan bukannya negara di mana
ianya dibeli, pastikannya diperiksa oleh pusat
perkhidmatan yang diluluskan (lihat lampiran
selepas maklumat perkhidmatan jualan).
• Pastikan bahawa pemasangan elektrik
mencukupi untuk membekalkan tenaga elektrik
yang diperlukan oleh peralatan ini.
• Sentiasa masukkan palam pembakar roti ke
soket terbumi.
• Gunakan wayar sambungan yang berada dalam
keadaan baik, dengan penyambung terbumi,
dan dengan rating minimum 10A.
• Peralatan ini untuk digunakan di rumah
sahaja. Ia bukan untuk digunakan dalam
penggunaan berikut, dan jaminan tidak akan
terpakai untuk:
- kawasan staf dapur di kedai, pejabat dan
persekitaran kerja yang lain;
- rumah ladang;
- oleh klien di hotel, motel dan jenis
persekitaran kediaman yang lain;
- jenis persekitaran penginapan dan sarapan.
UNTUK MENGHALANG SEBARANG
KEMALANGAN
Apabila menggunakan peralatan elektrik, langkah-
langkah keselamatan harus sentiasa diikuti:
BUAT:
• Baca dengan teliti dan ikut semua arahan
penggunaan.
• Pengawasan teliti diperlukan apabila pembakar
digunakan oleh atau berdekatan kanak-kanak
atau orang kehilangan upaya tertentu yang tidak
biasa dengan arahan-arahan ini dan hanya patut
menggunakan pembakar roti ini di bawah
pengawasan orang dewasa yang
bertanggungjawab.
• Pembakar roti mestilah sentiasa digunakan
dalam keadaan menegak, jangan sesekali secara
sisi atau menyenget ke depan atau ke belakang.
• Sebelum setiap penggunaan, pastikan
bahawa dulang serdak dipasang dengan betul.
• Selalu bersihkan serdak daripada dulang serdak.
• Tuil kawalan roti mestilah dalam kedudukan
“Atas” sebelum memasang palam atau
mencabut palam peralatan.
• Cabut palam peralatan jika ia menunjukkan
sebarang tanda keganjilan fungsi.
• Cabut palam daripada soket kuasa apabila tidak
digunakan semasa dan sebelum
membersihkannya. Biarkannya sejuk sebelum
dibersihkan atau disimpan.
• Untuk mencabut palam, cabut palam daripada
soket dinding (selepas selesai kitaran
pembakaran roti).
• Jika roti tersekat di dalam lubang alur selepas
membakar roti dan unsur pemanas tidak
terpadam, cabut palam dengan segera dan
tunggu sehingga peralatan menyejuk sebelum
cuba untuk mengeluarkan roti.
• Roti boleh terbakar; Oleh itu jangan
menggunakan peralatan ini berdekatan apa-apa
bahan yang mudah terbakar seperti langsir, di
bawah rak atau di bawah dinding almari.
• Gunakan di atas permukaan kerja yang rata,
stabil dan kalis haba, jauh daripada apa-apa
sentuhan air dan jangan sesekali
menggunakannya di bawah ruang kecil dapur
bina dalam.
JANGAN:
• Jangan biarkan pembakar roti berfungsi tanpa
pengawasan, terutama sekali ketika membakar
roti buat pertama kali atau apabila seting telah
diubah.
• Jangan simpan kord atau palam di antara lubang
alur pada peralatan.
• Jangan mencabut peralatan dengan menarik
kord.
• Jangan mengalihkan atau mengangkat
peralatan semasa penggunaan.
• Peralatan ini bukan untuk digunakan oleh
orang (termasuk kanak-kanak) yang
mempunyai kekurangan keupayaan fizikal,
deria dan mental, atau kurang pengalaman
dan pengetahuan, kecuali mereka telah