Butang
Mengawal program yang aktif. Tekan butang untuk bertukar
antara dan mod manual.
Mengubah seting kelajuan kipas secara manual. Tekan
butang untuk bertukar antara kelajuan kipas yang berlainan.
Menghidupkan dan mematikan pembersih udara.
Mengaktifkan/menyahaktifkan kunci butang. Tekan butan
lebih daripada dua saat untuk mengaktifkan kunci butang.
Lampu penunjuk akan menyala dulu dan kemudian terus
menyala apabila kunci diaktifkan. Prosedur yang sama
digunakan untuk menyahaktifkan kunci butang.
Mengeset semula pembersih udara selepas membasuh penapis
atau selepas kerosakan dalam penapis udara. Tekan butang
selama lebih daripada dua saat. Lampu petunjuk akan menyala
dulu dan kemudian padam sebaik sahaja pembersih disetkan
semula.
Fungsi (hanya model dengan program dan fungsi automatik)
A Program ini melaraskan kelajuan kipas selaras dengan tahap
bahan cemar di dalam bilik.
B Program ini melaraskan kelajuan kipas selaras dengan tahap
bunyi di dalam bilik. Pembersih udara akan beroperasi pada
kelajuan kipas paling tinggi yang mungkin tanpa meningkatkan
tahap bunyi di dalam bilik.
C Fungsi ini boleh digunakan, misalnya, apabila balik rumah
selepas kerja seharian untuk membersihkan bilik dari bahan
cemar dengan cepat. Program ini mempunyai tiga mod
berlaina
Pembersih udara beroperasi secara automatik pada seting
3. Selepas 15 minit, ia akan secara automatik turun kepada
seting 1
Pembersih udara akan dimatikan selepas sembilan jam.
Seting kelajuan kipas dipilih secara manual. Seting boleh
diubah semasa tempoh pengoperasian yang dipratetapkan.
Pembersih udara akan dimatikan selepas sembilan jam.
Seting kelajuan kipas seperti di atas (2h).
D Menunjukkan tahap bahan cemar di dalam bilik. Melaraskan
seting kelajuan kipas yang sesuai atau menggunakan
program auto
.
Tahap bahan cemar tinggi.
Tahap bahan cemar sederhana.
Tahap bahan cemar rendah.
E Menunjukkan seting kelajuan kipas semasa.
F Simbol ini menunjukkan bahawa mesin beroperasi secara
optimum dan membekalkan udara bersih. Simbol ini akan
dipadamkan dan lampu petunjuk rosak masing-masing
( ) akan menyala apabila tiba masanya untuk
membasuh penapis atau terjadi kerosakan pembersih udara.
G Menunjukkan bahawa penapis hendaklah dibersihkan
menurut jadual pembersihan di bawah.
H Menunjukkan kerosakan dalam pembersih udara. Rujuk
kepada arahan di bawah “Masalah pembersihan udara”.
I Dengan kunci butang diaktifkan anda boleh menekan semua
butang tanpa apa-apa berlaku, yang boleh digunakan oleh
kanak-kanak.
Penapis awal
Sentiasa tanggalkan plag bekalan kuasa sebelum membersi-
hkan unit.
Penapis awal
(a) Buka pintu masuk (9). (b) Keluarkan penapis satu demi satu
dan vakumkannya. Gunakan aksesori berus untuk mengelak-
kan merosakkan penapis. Selepas membersihkan penapis,
masukkannya dan tutup pintu. Alat penapis awal tidak perlu
digantikan. Ikut prosedur ini setiap 2 bulan atau lebih kerap
lagi bagi orang yang sensitif misalnya, semasa memvakum
rumah anda.
Penapis utama
(c) Tekan butang (13) dan angkat tudungnya. (d) Keluarkan dan
vakum penapis utama dulu dengan muncung berus atau celah.
Jangan basuh penapis utama di dalam air.
Teruskan membersihkan pembersih udara seperti berikut
(peringkat 3)
(e) Vakum gril di atas ruang. (f) Angkat jeriji dengan menggu
-
nakan pemegangnya. (g) Tanggalkan pemegang wayar secara
hati-hati dengan menggunakan kedua belah tangan sambil
memastikan wayar itu rata dan tegak. (h) Vakum di dalam pem
-
bersih, termasuk gril bawah dengan muncung berus atau celah.
Jika perlu, gunakan kain lembap dengan detergen yang lembut.
(i) Gantikan pemegang wayar secara berhati-hati dengan meng-
gunakan kedua belah tangan, kemudian tutup jeriji. (Jika wayar
terpatah, sila rujuk kepada bahagian Menyelesaikan Masalah.) (j)
Menggantikan penapis utama. Pastikan panduannya betul-betul
berada dalam alurnya apabila anda meletakkan kembali pena
-
pisnya. (k) Pasang semua tudungnya.
Mengeset semula pembersih udara (peringkat 4)*
Tekan butang set semula (4) selepas membersihkan atau
menggantikannya. Lampu amaran padam untuk menunjukkan
bahawa pembersih udara telah diset semula. Pembersih udara
diset semula secara automatik bagi model-model yang tidak
mempunyai lampu amaran.
Jarak masa membersihkan penapis
Bergantung pada tahap pencemaran persekitaran, kami
sarankan supaya mengikuti prosedur di atas setiap dua bulan
sekali atau apabila lampu penunjuk menyala di paparan. Pena-
pis utama mungkin perlu dibersihkan lebih kerap lagi jika habuk
kelihatan di permukaan atas penapis.
Tukar penapis utama dalam tempoh sekali atau lebih kerap
dalam setahun jika perlu untuk memastikan berfungsinya pem-
bersih udara tersebut
Apabila menggunakan penapis karbon, gantikan setiap tiga atau
enam bulan atau kurang jika anda tidak lagi dapat mengesan
berkurangnya kandungan gas dan bau. Nombor Rujukan EF103.
Menyelesai masalah pembersih udara apabila
lampu penunjuk rosak menyala atau lampu
penunjuk berwarna biru bertukar warna kepada
warna merah (bergantung pada model).
• Wayar korona yang terputus (peringkat 1) dipaparkan dalam
rajah (g) dan digunakan sebagai rujukan dalam perenggan
“Teruskan membersihkan pembersih udara seperti berikut”.
Tukar dawai sebagaimana diarahkan di bawah. Tekan butang
set semula (4). Jika petunjuk kerosakan menyala lagi selepas
tempoh yang singkat, teruskan ke peringkat seterusnya.
Menukar dawai korona - Keluarkan wayar yang patah. Letakkan
dawai baru dengan berhati-hati seperti berikut: Pasang hujung
dawai yang satu lagi ke dalam alurnya. Bengkokkan sedikit
pemegang dawai dan pasangkan hujung yang satu lagi.
• Pembersihan tambahan (peringkat 2)
Bersihkan penapis dan kebuk pengionan di dalam pembersih
udara selaras dengan arahan penyelenggaraan. Hubungi stesen
perkhidmatan anda jika penunjuk kerosakan menyala sekali lagi
selepas tempoh yang singkat.
Menyelesaikan masalah
• Jika kipas tidak berjalan (misalnya, jika anda tak dapat rasa ali-
ran udara yang kuat), periksa sama ada kabel kuasa tidak rosak
dan ianya disambungkan ke bekalan kuasa. Periksa tudung dan
penapis dipasang dengan betul. Jika kipas tidak hidup, bawa
pembersih udara anda ke pusat perkhidmatan Electrolux yang
disahkan untuk diperiksa.
• Jika bunyi menggeresek boleh didengar dari penapis udara
utama, angkat penapis dan pusingkannya 180°. Jika ini tidak
juga menyelesaikan masalah, ambil unit untuk diservis. (Bunyi
desir lembut daripada penapis adalah biasa, terutamanya
apabila ia baru.)
• Jika lampu penunjuk (15) tidak menyala melalui lampu walau-
pun kipas beroperasi, bawanya untuk diservis. (Ini digunakan
hanya untuk pembersih udara tanpa fungsi automatik.)
Rujuk juga kepada maklumat selanjutnya dari Electrolux di akhir
brosur ini.
Bahasa Melayu
ELX9388_aircleaner_Asia_insert.indd 9 2006-05-17 14:30:58