7
Risiko litar pintas atau kebakaran!
• Sebelum anda menyambungkan produk
kepada alur keluar kuasa, pastikan bahawa
voltan kuasa sepadan dengan nilai yang
dicetak di belakang atau bahagian bawah
produk tersebut. Jangan sekali-kali
sambungkan produk kepada alur keluar
kuasa jika voltannya berbeza.
Risiko kecederaan atau kerosakan terhadap
produk!
• Sinaran laser boleh nampak dan
tak nampak apabila dibuka. Elakkan
pendedahan kepada pancaran.
• Jangan sentuh kanta optik cakera di dalam
petak cakera.
• Jangan sekali-kali letakkan produk atau
sebarang objek pada kord kuasa atau
kelengkapan elektrik yang lain.
• Jika produk diangkut dalam suhu di bawah
5°C, buka bungkusan produk dan tunggu
sehingga suhunya sepadan dengan suhu
bilik sebelum menyambungkannya dengan
alur keluar kuasa.
Risiko pemanasan melampau!
• Jangan pasang produk dalam ruangan
terkurung. Sentiasa tinggalkan ruang
sekurang-kurangnya 4 inci di sekeliling
produk untuk pengalihudaraan. Pastikan
langsir atau objek lain tidak menutup slot
pengalihudaraan pada produk.
Risiko pencemaran!
• Jangan campurkan bateri (lama dan baru
atau karbon dan alkali, dll.).
• Keluarkan bateri jika telah kebabisan atau
jika kawalan jauh tidak akan digunakan buat
tempoh masa yang lama.
• Bateri mengandungi bahan kimia, jadi ia
hendaklah dilupuskan dengan betul.
Risiko tertelan bateri!
• Produk/alat kawalan jauh mungkin
mengandungi bateri jenis syiling, yang boleh
ditelan.
• Jauhkan bateri daripada jangkauan kanak-
kanak pada setiap masa!
Bahasa Melayu
Notis keselamatan
penting
Baca dan fahami semua arahan sebelum anda
menggunakan cakera Blu-ray/ pemain DVD ini.
Jika kerosakan terjadi disebabkan oleh kegagalan
mematuhi arahan, jaminan tidak dikenakan.
Keselamatan
Risiko kejutan elektrik atau kebakaran!
• Jangan sekali-kali dedahkan produk dan
aksesori kepada hujan atau air. Jangan
sekali-kali letakkan bekas cecair, seperti
pasu, hampir dengan produk. Jika cecair
tertumpah pada atau ke dalam produk,
putuskan sambungan dengan alur keluar
kuasa dengan serta merta. Hubungi
Penjagaan Pelanggan Philips agar produk
diperiksa sebelum digunakan.
• Jangan sekali-kali letakkan produk dan
aksesori berhampiran nyalaan terbuka
atau sumber haba lain, termasuk cahaya
matahari langsung.
• Jangan sekali-kali masukkan objek ke dalam
slot pengalihudaraan atau bukaan lain pada
teater rumah.
• Apabila plag sesalur kuasa atau pengganding
perkakas digunakan sebagai peranti putus
sambungan, peranti putus sambungan
tersebut akan tetap sedia beroperasi.
• Bateri (pek bateri atau bateri yang
dipasang) tidak boleh didedahkan kepada
haba yang melampau seperti cahaya
matahari, api atau sebagainya.
• Putuskan sambungan produk daripada alur
keluar kuasa jika berlaku ribut petir.
• Apabila anda memutuskan sambungan
kord kuasa, sentiasa tarik palamnya, dan
bukan kabelnya.